CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7230|Reply: 0

[Kedah] Bunuh pemandu lori, seorang lelaki ditahan

[Copy link]
Post time 28-2-2024 12:08 AM | Show all posts |Read mode
Bunuh pemandu lori, seorang lelaki ditahan


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



GAMBAR hiasan.




Kulim: Polis hari ini menahan lelaki berusia 31 tahun bagi membantu siasatan kes bunuh pemandu lori di sebuah kedai kopi di Taman Damai, Padang Serai, Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Safuan Mohd Noor berkata, suspek yang juga buruh ladang ditahan pada 1 tengah hari di pekarangan Hospital Kulim.

Katanya, dalam soal siasat awal, suspek tidak mengaku terbabit insiden serangan ke atas mangsa berusia 27 tahun.

"Suspek memaklumkan dia dicederakan oleh seseorang menggunakan pisau sewaktu berada di depan kedai makan berkenaan dan dihantar rakan ke hospital," katanya dalam kenyataan.





Safuan berkata, pihaknya percaya motif balas dendam mempunyai kaitan dengan serangan ke atas mangsa dan permohonan reman ke atas suspek akan dibuat esok.

"Polis masih memburu beberapa suspek lagi untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya yang memberitahu suspek ditahan mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkaitan rusuhan bersenjata dan mendatangkan kecederaan.

Media sebelum ini melaporkan pemandu lori maut diserang dua lelaki bersenjatakan parang dan sabit.



Disiarkan pada: Februari 27, 2024 @ 11:05pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.212392 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list