CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2428|Reply: 0

[Kedah] Gelombang haba tahap 2: Pokok Sena diramalkan cecah 40 darjah Celsius

[Copy link]
Post time 28-2-2024 10:36 AM | Show all posts |Read mode
Gelombang haba tahap 2: Pokok Sena diramalkan cecah 40 darjah Celsius


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Februari 28, 2024 @ 9:54am  bhnews@bh.com.my




Keadaan cuaca panas yang melanda daerah Pokok Sena yang diramalkan boleh mencecah suhu 40 darjah Celsius dan enam daerah lain di Kedah. - Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli




ALOR SETAR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan amaran gelombang haba tahap dua di daerah Pokok Sena, di sini, dengan meramalkan suhu boleh mencecah 40 darjah Celsius hari ini.

Selain itu, enam daerah lain di Kedah termasuk Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Pendang, Kota Star, dan Langkawi, sudah menerima amaran tahap satu, dengan suhu dijangka mencecah maksimum 37 darjah Celsius.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan, suhu waktu siang di Pokok Sena boleh turun naik antara 37 darjah hingga 40 darjah Celsius untuk tempoh tiga hari akan datang.

"Bagi Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Pendang, Kota Star dan Langkawi pula suhu diramalkan antara 35 darjah hingga 37 darjah Celsius bagi tempoh sama," katanya.

Sementara itu, Pengarah MetMalaysia negeri, Muhammad Khalil Abd Aziz menasihatkan penduduk di negeri ini supaya berhati-hati ketika cuaca panas melampau.

Beliau menasihatkan supaya orang ramai mengehadkan aktiviti luar bagi mengelakkan terkena cuaca panas.

"Jika anda perlu keluar, pilih pakaian berwarna terang, pakai topi dan gunakan payung.

"Selain itu, jika berada dalam rumah, gunakan penghawa dingin dan kipas angin dan yang paling penting, kekalkan terhidrasi dengan meminum banyak air dan meminimumkan pengambilan minuman berkafein," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.254195 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list