CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1850|Reply: 0

Rekod dunia Williams tidak diiktiraf

[Copy link]
Post time 28-2-2024 11:43 AM | Show all posts |Read mode

CHRISTOPHER Morales Williams. FOTO Agensi

Los Angeles: Rekod baharu dunia 400 meter (m) dalam dewan yang dilakar pelari Kanada, Christopher Morales Williams tidak diiktiraf, kata pegawai pertandingan.

Perkara itu dimaklumkan Persatuan Jurulatih Balapan, Padang dan Rentas Desa Amerika Syarikat (USTFCCCA) di laman sosial X organisasi sukan itu.

Difahamkan, pembatalan rekod baharu dunia itu disebabkan masalah teknikal di garisan permulaan.

"Walaupun larian Williams cukup pantas, namun ia tidak akan diiktiraf sebagai rekod baharu," kata USTFCCCA.



Isnin lalu, Williams mencipta sensasi apabila memecah rekod dunia dalam acara 400m dalam dewan yang berlangsung di Kejohanan SEC Indoor di Fayetteville, Arkansas.

Williams, 19,muncul pemenang dengan merekodkan 44.49 saat (s) sekali gus memadamkan rekod dunia yang lama 44.57s milik Kerron Clement dari Amerika Syarikat yang dilakukan di Fayetteville pada 2005 lalu.

Untuk rekod, Williams adalah pelari berganti-ganti 4x400m Kanada di Kejohanan Dunia bawah 20 tahun (B-20) di Cali pada 2022 lalu yang menyaksikan kuartet itu meraih pingat gangsa.

Malah dia turut memenangi pingat perak dalam acara 400m B-20 di saingan Pan Amerika tahun lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ams-tidak-diiktiraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.055602 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list