CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1479|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pengunjung Taman Gurney Bay akur arahan

[Copy link]
Post time 28-2-2024 12:46 PM | Show all posts |Read mode
Pengunjung Taman Gurney Bay akur arahan

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
28 Februari 2024 12:00pm








Fasa 1 Taman Gurney Bay dibuka pada 4 Februari lalu untuk orang awam.




GEORGE TOWN - Orang ramai didapati akur peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri berhubung larangan membawa haiwan peliharaan mereka di kawasan berumput, tapak permainan serta tapak kasut beroda di Fasa 1 Taman Gurney Bay di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Joshua Woo Sze Zeng berkata, pemantauan yang dibuat penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mendapati, kesemua pengunjung hanya membawa haiwan peliharaan mereka di kawasan 'lower promenade' seperti yang ditetapkan.



Menurutnya, MBPP akan memasang lebih banyak papan tanda bagi memudahkan pengunjung berhubung peraturan ketika berada di taman berkenaan.

"Selepas pemasangan papan tanda dan arahan dikeluarkan, pemantauan dibuat mendapati, ia sangat positif kerana pengunjung tidak lagi membawa haiwan peliharaan mereka di kawasan yang tidak dibenarkan.



"Saya percaya, dengan papan tanda yang dipasang, orang ramai lebih jelas mengenai perkara ini. MBPP akan memasang lebih banyak papan tanda di situ," katanya ketika dihubungi pada Rabu.


Joshua (kanan) berbual dengan pekerja MBPP ketika memgadakan pemeriksaan mengejut pada awal pagi Rabu.




Tambah beliau, penguat kuasa MBPP akan sentiasa berada di taman berkenaan bagi memantau semua aktiviti yang dilakukan oleh pengunjung.

"Penguat kuasa akan berada di sana dari semasa ke semasa. Difahamkan, mereka mula berada di sana seawal 5.30 pagi dan sepanjang hari.




"Kehadiran mereka adalah untuk semua perkara dalam bidang kuasa MBPP termasuk larangan membawa haiwan peliharaan di kawasan yang tidak dibenarkan," katanya lagi.

Sebelum ini, kerajaan Pulau Pinang membenarkan pemilik untuk membawa haiwan peliharaan mereka ke Taman Gurney Bay di Persiaran Gurney yang baru dibuka awal bulan ini namun ia disusuli dengan beberapa syarat.

Pengunjung hanya dibenarkan membawa haiwan peliharaan mereka di kawasan 'lower promenade' di fasa pertama taman seluas 11.2 hektar itu.




Pengunjung dilarang membawa haiwan peliharaan mereka di kawasan berumput serta tapak permainan serta tapak kasut beroda.

Mengulas mengenai sekumpulan pengunjung yang membawa burung nuri di kawasan 'upper promenade' pada minggu lalu, Joshua berkata, perkara itu sedang dalam siasatan pihak MBPP dan tindakan selanjutnya akan diambil.


Pekerja MBPP mula bertugas pada jam 5 pagi dengan kerja-kerja pembersihan dan kutipan sampah dijalankan tiga kali setiap hari iaitu pada awal pagi, petang dan malam.




Dalam pada itu, Joshua berkata, tahap kebersihan di fasa 1 taman itu setakat ini amat memuaskan.

Joshua berkata, ketika mengadakan pemeriksaan mengejut pada jam 4.30 pagi Rabu mendapati, kelihatan sedikit sampah berselerakan di taman berkenaan.

"Saya ke sana pada jam 4.30 pagi dan mendapati ada sampah berselerak di beberapa tempat namun tahap kebersihan di Taman Gurney Bay amat memuaskan setakat ini.

"Pekerja MBPP mula bertugas di situ pada jam 5 pagi. Menurut mereka, kerja-kerja pembersihan dan kutipan sampah dijalankan tiga kali setiap hari iaitu pada awal pagi, petang dan malam," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.060002 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list