CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2764|Reply: 0

Nurul Izzah sasar lebur rekod kebangsaan di Hong Kong

[Copy link]
Post time 28-2-2024 04:08 PM | Show all posts |Read mode

Pelumba trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menunjukkan pingat yang dimenanginya pada ACC di India baru-baru ini. - Bernama

NILAI: Selepas berjaya membolot dua pingat emas pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024 baru-baru ini, bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri kini menanam misi memperbaharui rekod kebangsaan di Kejohanan Berbasikal Piala Negara-Negara (UCI) Hong Kong bulan depan.

Jaguh dalam pembikinan itu berkata kejayaannya baru-baru ini telah menjadi tonik tambahan buatnya melebur rekod yang dimilikinya bagi acara ujian masa 200 meter (m) dan pecut berpasukan yang masing-masing merupakan rekod diciptanya tahun lepas.

"Mengenai UCI Hong Kong, saya sasar untuk acara ujian masa 200m, pecut berpasukan saya boleh perbaiki lagi, mungkin pecahkan rekod kebangsaan.

"Untuk naik podium boleh, tapi agak susah sikit sebab saya pun masih di top 20, saya akan cuba yang terbaik," katanya ketika ditemui pemberita di Velodrom Nasional Nilai di sini hari ini.



Pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024 di New Delhi baru-baru ini, Nurul Izzah Izzati yang diberi julukan "The Pocket Rocket Woman" mencipta sensasi apabila muncul juara acara keirin dan acara ujian masa 500m wanita.

Pada kejohanan yang sama, beliau juga berjaya memecahkan rekod kebangsaan bagi tiga acara melibatkan ujian masa 200m (10.903 saat), ujian masa 500m (34.226s) dan pecut berpasukan 750m (49.025s).

Pelumba kelahiran Kedah itu berharap beliau dimasukkan ke dalam Program Road to Gold (RTG) bagi Sukan Olimpik Los Angeles 2028 dalam usaha merebut tiket ke temasya sukan berprestij itu empat tahun akan datang.

Menurut Nurul Izzah Izzati beliau telah mula mempersiapkan diri untuk ke temasya berprestij itu sejak berakhirnya Sukan Asia Hangzhou 2022 pada September lepas.

Sementara itu, Nurul Izzah Izzati berkata beliau tekad meningkatkan kepantasannya setanding dengan kelajuan pelumba berkelas dunia untuk memastikan mampu memberi saingan sengit terhadap pelumba negara lain.

"Banyak saya perlu kerja keras untuk perbaiki masa setanding level dunia, dan saiz juga saya perlu besarkan sikit, naikkan otot, berat badan saya okey, naik dari sebelum saya datang Majlis Sukan Negara, tetapi perlu naikkan otot lagi," katanya. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/sukan ... ngsaan-di-hong-kong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.222129 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list