CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2003|Reply: 0

Wai Ching tekad pertahan ranking No.1

[Copy link]
Post time 28-2-2024 05:19 PM | Show all posts |Read mode

WAI CHING (dua dari kanan) tekad mempertahankan ranking sebagai pelari menara No.1 dunia selepas menandatangani MOU bersama MBPJ hari ini. - MBPJ

PETALING JAYA – Pelari menara No.1 dunia, Soh Wai Ching membuka tirai dengan memecahkan rekod dunia apabila melakukan larian 108 tingkat melibatkan 1,455 anak tangga dengan ketinggian 260 meter (m) dalam tempoh 6 minit 46 saat di Strat Tower, Las Vegas Ahad lalu.

Pemegang rekod dunia selama dua tahun itu menyuarakan hasrat untuk terus mengekalkan aksi terbaik dalam usahanya mempertahankan kedudukan ranking No.1 yang dihuninya selama 10 tahun.

“Sekiranya mahu mempertahankan kedudukan ranking, saya perlu menyertai sekurang-kurangnya lapan pertandingan besar dalam tempoh setahun bagi mengumpul mata tertinggi.

“Walaupun saya pernah menang pada sesuatu kejohanan, tetapi saya masih perlu menyertai kejohanan di Poland kerana ia menawarkan 200 mata. Jika tidak sertai, sukar untuk kekalkan ranking,” katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini.

Pada saingan musim lalu, Wai Ching menyertai 36 kejohanan di seluruh dunia dengan memenangi 31 daripadanya selain turut memecahkan lebih 20 rekod kejohanan yang disertainya.

Sementara itu, menerusi MOU yang ditandatangani bersama MBPJ, Wai Ching akan menerima tajaan sebanyak RM75,000 bagi membiayai kos perbelanjaannya untuk menyertai mana-mana kejohanan larian menara.

“Penajaan MBPJ sememangnya banyak membantu saya kerana kos perbelanjaan tahun lepas lebih daripada RM 150,000 untuk 36 kejohanan seluruh dunia. Sebelum ini saya ke setiap negara menggunakan cara yang paling jimat. Tajaan daripada MBPJ sedikit sebanyak membantu kewangan saya,” ujarnya.

Selepas ini, Wai Ching dijadualkan menyertai Kejohanan Dunia yang akan berlangsung di Warsaw, Poland 16 Mac depan selain dianggarkan beraksi dalam 30 kejohanan di seluruh dunia bagi saingan musim ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... tahan-ranking-no-1/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.055159 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list