CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17478|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang pertimbang laksana pusingan kedua pembenihan awan

[Copy link]
Post time 1-3-2024 06:04 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang pertimbang laksana pusingan kedua pembenihan awan

01 Mac 2024 03:53pm







Pulau Pinang mempertimbangkan untuk melaksanakan pusingan kedua pembenihan awan. Gambar hiasan




GEORGE TOWN - Pulau Pinang mempertimbangkan untuk melaksanakan pusingan kedua pembenihan awan setelah operasi yang dilakukan di kawasan tadahan air (KTA) Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang baru-baru ini, gagal merekodkan sebarang hujan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, perkara itu akan diserahkan kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk menguruskan perkara yang diperlukan bagi proses pembenihan awan.



"Kita akan terus memantau, namun setakat ini, kapasiti efektif di Empangan Air Itam tidak lagi merosot berbanding sebelumnya sejak PBAPP mengumumkan pelaksanaan Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AIDAP 2024) minggu lepas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan We Are Site Manager International Symposium di sini pada Jumaat, yang berlangsung selama lima hari hingga 5 Mac dan mengumpulkan 160 pengurus tapak warisan dunia dari 37 negara.


Kon Yeow berkata, kapasiti efektif Empangan Air Itam yang dicatatkan pada 5 Februari adalah rendah iaitu 32.8 peratus sebelum meningkat sebanyak 4.2 peratus kepada 37 peratus dan kekal setakat ini.
"Menerusi pelan itu, PBAPP telah mengurangkan pelepasan harian dari Empangan Air Itam selain mengepam air terawat dari LRA Sungai Dua di Seberang Perai ke kawasan perkhidmatan LRA Air Itam bagi memastikan bekalan air mencukupi untuk kegunaan pengguna di kawasan terbabit,” katanya.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP K. Pathmanathan dalam kenyataan memaklumkan tiada hujan direkodkan daripada dua operasi pembenihan awan di KTA Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang yang dijalankan oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 27 dan 28 Februari lepas.

Beliau berkata, ia berkemungkinan disebabkan keadaan atmosfera dan awan yang tidak begitu menggalakkan pada masa itu.




Oleh sebab itu, Pathmanathan berkata, kapasiti efektif di kedua-dua empangan berkenaan juga tidak dapat ditingkatkan buat masa ini. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.035966 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list