CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9855|Reply: 0

Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke 3 negara

[Copy link]
Post time 2-3-2024 04:53 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA aksi pasukan dari dalam dan luar negara yang menyertai Kejohanan Ragbi 10 Sebelah Antarabangsa Kuala Lumpur. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) dalam perancangan untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji tahun ini sebagai persiapan mengharungi Sukan SEA Thailand 2025.

Setiausaha Agung Kehormat KRM Fahmy Jalil berkata tiga negara berkenaan berada dalam radar badan induk sukan itu dalam usaha memantapkan pasukan negara, namun rancangan itu tertakluk kepada keputusan Majlis Sukan Negara (MSN).

"Perancangan itu ada, kita kena tengok kewangan dahulu macam mana serta sokongan MSN. Kami sudah hantar permohonan itu sekali gus berharap agar dapat pendedahan di luar negara pada masa akan datang," katanya kepada Bernama.

Fahmy berkata demikian ketika ditemui pada Kejohanan KL Tigers Ragbi Antarabangsa 10s di Bukit Kiara di sini, hari ini.



Beliau berkata, skuad ragbi 7s negara, bagaimanapun pada masa ini akan memberi tumpuan penuh kepada penyertaan Siri Ragbi Dunia Tujuh Sebelah di Singapura pada Mei ini sebelum mencongak langkah jauh ke temasya sukan dwitahunan itu.

"Apa pun kita kena pastikan dapat berikan keputusan yang baik dalam Siri Ragbi Dunia Tujuh Sebelah lepas itu baru bincang langkah seterusnya sebab ia akan berlangsung dua bulan lagi, jadi tak berbaloi nak hantar pasukan ke luar negara dalam masa terdekat.

"Lepas habis kejohanan itu, kita ada tiga bulan lagi untuk berlatih untuk Kejohanan Asia Rugby Seven Series pada September pula," katanya.

Ragbi 7s tidak dipertandingkan pada Sukan SEA Kemboja 2023, namun berpeluang besar untuk kembali pada edisi Thailand 2025, Kuala Lumpur (2027) dan Singapura pada 2029.

Pencapaian terbaik skuad 7s negara adalah dengan merangkul pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rkelana-ke-3-negara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.054007 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list