CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6875|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Ular sawa lebih 20kg telan empat ekor ayam

[Copy link]
Post time 4-3-2024 04:10 PM | Show all posts |Read mode

Seekor ular sawa seberat lebih 20 kilogram dan sepanjang lebih tiga meter ditangkap APM di Kampung Nerasau, di sini, pagi tadi.

REMBAU – Rutin harian seorang penduduk untuk memberi makan kepada ternakan ayamnya dikejutkan dengan seekor ular sawa kekenyangan dalam reban di Kampung Nerasau, di sini, pagi tadi.

Penduduk berkenaan, Famy Ibrahim, 55, berkata, kejadian kali pertama berlaku itu disedarinya kira-kira pukul 7.50 pagi dan dia segera menghubungi pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi menangkap reptilia berkenaan.

“Ini kejadian kali pertama sejak saya bela ayam dari tahun 2000. Kini ternakan ayam saya sudah mencecah sebanyak 50 ekor. Ular sawa itu pun dah telan empat ekor ayam saya dan sudah pun kekenyangan.

“Tak lama selepas hubungi APM, mereka datang menangkap ular yang saya anggarkan seberat lebih 20 kilogram dan sepanjang lebih tiga meter,” katanya, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... an-empat-ekor-ayam/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.059347 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list