CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4680|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 'Adik, mak mahu hadiri upacara kematian kenalan' - Abang

[Copy link]
Post time 6-3-2024 05:47 PM | Show all posts |Read mode

G Suresh Kumar menuntut mayat ibu dan adiknya yang maut dalam nahas empat kenderaan di Lebuhraya Pasir Gudang malam tadi, di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, hari ini. FOTO IZZ LAILY HUSSEIN

Johor Bahru: Perjalanan dua beranak mahu menghadiri upacara kematian kenalan di Bahau, Negeri Sembilan bertukar tragedi apabila mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 18.8 Lebuhraya Pasir Gudang, di sini, malam semalam.

Dalam kemalangan pada 11.41 malam, mangsa G Murugan, 45, yang memandu Honda Accord bersama ibunya, M Kullamah, 73, maut di tempat kejadian.

Turut maut, pemandu Perodua Alza berusia 46 tahun, manakala pemandu Perodua Myvi berusia 40-an dan pemandu treler berusia 28 tahun cedera.

Abang mangsa, G Suresh Kumar, 46, berkata ketika kejadian, adiknya dan ibu mereka dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk menghadiri upacara kematian seorang kenalan.



Menurutnya, Murugan yang bekerja di Singapura juga mengambil kesempatan untuk pulang ke rumahnya di daerah sama bagi membuat persiapan sesi baharu persekolahan untuk dua anak lelakinya berusia sembilan dan tujuh tahun.

Katanya, adiknya mahu membawa ibu mereka pulang ke Bahau kerana ada orang meninggal, tetapi terbabit dalam kemalangan apabila sampai di tempat kejadian.

"Saya baharu dapat tahu mereka sudah meninggal dunia kerana telefon bimbit terpaksa ditutup ketika bekerja.

"Saya sudah lama tidak jumpa mak kerana bekerja di Singapura dan tidak berulang-alik. Jika ikut perancangan, 8 Mac (Jumaat) baharu jumpa dan mahu bawa mak pulang ke kampung dan buat persiapan sesi baharu persekolahan anak-anak.

"Tetapi, kerana ada orang meninggal, adik bawa mak pulang lebih awal dan bila jadi begini, saya sedih sebab tidak sempat jumpa mereka," katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini, hari ini.

Terdahulu, Suresh Kumar hadir ke HSI bagi menuntut mayat ibu dan adiknya untuk dibawa pulang ke kampung bagi urusan pengebumian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila treler dari arah Tanjung Pelepas ke Pasir Gudang terbabas ke kanan jalan sebelum menaiki penghadang di tengah jalan.

Beliau berkata, treler itu terus memasuki laluan bertentangan secara melintang sebelum bertembung dengan ketiga-tiga kenderaan terbabit yang datang dari arah Pasir Gudang.

"Tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum dihantar ke HSI untuk bedah siasat, manakala dua lagi yang cedera turut dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... atian-kenalan-abang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.053921 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list