CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7081|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Terbiar lebih 10 tahun lalu

[Copy link]
Post time 7-3-2024 10:35 AM | Show all posts |Read mode

PEMANDANGAN hadapan Rumah Rehat Kuala Pilah, Jalan Bukit yang terbiar dan ditumbuhi semak samun. - Gambar fail

Kuala Pilah: Kebanyakan penduduk di daerah ini mahu melihat kegemilangan Rumah Rehat Kuala Pilah, Jalan Bukit di sini, dikembalikan atau sekurang-kurangnya dijadikan lokasi kegiatan budaya dan Adat Perpatih.

Tempat penginapan itu mula beroperasi pada 1992, namun sudah terbiar lebih 10 tahun lalu dan kini mula dipenuhi semak samun.

Penduduk, Salleh Ahmad, 68, berkata, dia pernah beberapa kali menginap di rumah rehat berkenaan, malah memberi cadangan kepada rakan atau ahli keluarga dari daerah lain supaya bermalam di situ jika berkunjung ke Kuala Pilah.

"Pada era 1990-an dan awal 2000, ia menjadi salah satu destinasi popular kerana selain tempatnya yang besar, ia juga dikelilingi bukit dengan pemandangan indah serta cuaca sejuk.



"Saya sendiri beberapa kali menginap di situ dan melakukan beberapa aktiviti riadah di sekitar kawasan itu," katanya.

Rumah rehat terletak berhampiran Perpustakaan Daerah, Dewan Dato' Bahaman, Mahkamah Kuala Pilah, Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan kediaman rasmi Pegawai Daerah itu mempunyai 10 bilik dan empat chalet dengan kadar sewa RM70 hingga RM200 semalam

"Sebagai 'orang lama' di daerah ini, saya mahu kerajaan negeri mengambil alih bangunan berkenaan dan kembalikan kegemilangannya, sayang jika dibiarkan begitu sahaja," katanya.

Penasihat Ibu Soko Seri Lemak Pahang, Zainab Jamil, 76, berkata, ada yang mengaitkan rumah rehat itu dengan kejadian mistik dan gangguan makhluk halus.

"Keadaannya sekarang sudah bersemak samun. Namun, jika lihat keadaan sekitarnya, rumah rehat ini dikelilingi bangunan kerajaan dan kediaman penduduk.

"Sebelum ini ada yang dakwa diganggu namun saya sendiri sudah beberapa kali menginap dan melakukan kegiatan di situ, tidak pernah mengalaminya.

"Jika benar dakwaan itu, kita boleh usahakan dengan memanggil ustaz supaya memindahkan 'mereka'.

"Saya berharap supaya rumah rehat ini dapat beroperasi semula kerana ia menjadi masyarakat orang Kuala Pilah.

"Jika kerajaan tidak mahu baik pulih, mungkin boleh serahkan kepada mana-mana suku supaya ia boleh dijadikan Telapak Adat.

"Tempatnya besar dan cantik, sudah semestinya sudah banyak modal dikeluarkan untuk membinanya," katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Ma­nap berkata, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah mengiklankan bangunan berkenaan untuk diusahakan semula oleh pihak lain pada awal 2019.

"Rumah rehat ini sudah lama terbiar. Kami sudah terima permohonan daripada satu syarikat untuk membangunkan semula rumah ini sebagai hotel.

"Kertas kerja kami sudah hantar ke Unit Perancang Ekonomi (Upen) Negeri Sembilan. Kini ia sedang dalam proses penilaian dan pertimbangan untuk kelulusan kerajaan negeri," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lebih-10-tahun-lalu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.045875 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list