CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7704|Reply: 5

[GAMBAR] ...RAYA DULU-DULU...

[Copy link]
Post time 7-3-2024 11:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 7-3-2024 10:45 AM



5 Perbezaan Raya Dulu Vs Raya Sekarang, Yang Last Sekali Tu Wajib Kena Buat Tahun Ni

Oleh Nur Farra



[ 255 2



Umum tahu, Ramadhan dan Aidilfitri tahun lalu tak seperti tahun-tahun sebelum ini. Jalan raya tanpa pemandu dan bazar tanpa tetamu.Semuanya berubah kerana yang 'satu' ini. Bukan hanya di negara kita malah seluruh dunia.

Namun pun begitu, kemeriahan sambutan hari raya tahun-tahun milenial ini sememangnya sudah jauh berbeza dengan raya dulu-dulu, mungkin 10 tahun atau 20 tahun lalu.

Kita nak 'flashback' cara orang dulu-dulu sambut raya dengan orang kita sekarang. Apa yang beza atau ada yang masih sama?
1. Kalau dulu,
Mak-mak terutamanya seminggu dua sebelum raya tu dah kalut suruh abah cari daun palas, beras pulut dan segala bahan untuk pastikan menu utama tersedia. Lepas je dekat tv umum tarikh hari raya, mula lah kelam-kabut rebus ketupat malam tu sampai pagi tak tidur.




Tapi sekarang,
Semuanya beli online je, tak pun tempah. Daun palas, beras pulut, atau ketupat semuanya dalam talian. Tinggal nak klik je berapa banyak nak. Malam raya tak sibuk masak sangat dah, badan pun tak penat.
2. Kalau dulu,
Berbulan-bulan dah mohon cuti kat boss nak balik kampung cuti raya. Hari-hari menghitung hari dah tak sabar nak sambut kat sana.




Tapi sekarang,
Ada diantara kita yang mohon cuti awal sebab dah beli tiket kapal terbang nak sambut raya dengan melancong ke luar negara. Lain orang lain seleranya, ye dak?
3. Kalau dulu,
Kedai buku tu penuh kad ucapan raya untuk dijual. Semua berebut-rebut nak beli sebab nak kirimkan pada yang tersayang. Kirim dekat artis yang kita suka pun ada. Haha semangat betul, macamlah orang tu sempat nak balas.




Tapi sekarang,
Semuanya digital hanya dengan jari, segala ucapan, pantun dan mesej dihantar serta sampai sekelip mata. Tak terhad dengan WhatsApp atau SMS, setiap platform media sosial yang ada kini boleh digunakan sebagai medium penghubung yang pantas.
4. Kalau dulu,
Kalau dulu budak-budak datang rumah bagi RM1 pun dorang dah seronok sangat. Asalkan dapat.  Bagi dorang, dengan RM1 tu macam-macam boleh beli. Tu pun, baru satu rumah, belum rumah-rumah lain lagi.




Tapi sekarang,
Bila tengok sampul ada not warna biru, muka terus lain. Kalau boleh nak warna merah atau oren, paling best sekarang duit raya dah boleh transfer terus dalam e-Wallet atau scan QR Pay. Senang, jimat penggunaan kertas!
5. Kalau dulu,
Setiap kali raya mesti orang akan tempah baju tradisional seperti baju melayu dan baju kurung. Tak raya la kalau tak pakai baju tradisional ni.
Tapi sekarang,
Ramai yang mula terbuka dengan mengenakan pakaian mengikut keselesaan masing-masing. Ada yang memilih kurta bagi lelaki, dan ada juga yang memilih untuk memakai blouse polos bersama kain bagi wanita di pagi hari raya. Apa salahnya kan?

Ha tak sah pakaian korang di pagi raya nanti kalau tak dikenakan dengan aksesori seperti bag dan kasut baru. Baju dah baru, barang-barang lain pun mesti kena baru!











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2024 06:20 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2024 07:53 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 03:55 PM | Show all posts
dah tak best kan rayaaa.

duluuuuu mmg rajin masak. takde order2 rendang utk raya.

sekarang, bole order je rendang raya nak berapa kg. hehehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 10:18 PM | Show all posts
dulu raya kat kampung best sangat

lebih tradisional
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 10:55 AM | Show all posts
dulu tiap kali nk raya arwah atuk aku kan cat rmh, smpai aku associate bau cat tu as bau raya. pastu arwah moyang plak akan masak dan me-rendang smpai kol 3-4 pg. aku plak pg2 raya ke rmh nenek aku akan tlg kt dapur, sediakan pinggan mangkuk, cawan, bancuh air teh dan nes, sediakan mknn yg dah dimasak utk dihidang dan utk htr ke surau, lemang je beli, lain2 semua masak sendiri. pastu mlm ada mkn besar dgn famili belah chinese moyang aku plus cousin2 chinese nenek aku.

skrg, hmmm, atuk, nenek, moyang semua dah xde. nenek aku br je passed away last year. last year pun kami raya kt hospital dgn dia. this year, tatau la camana
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.053273 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list