JABIDAH menunjukkan laporan polis mengenai kehilangan wang simpanannya. FOTO Mohd Roji Kawi.
Kuala Lumpur: Susulan laporan mengenai seorang pendeposit Tabung Haji yang mendakwa kerugian lebih RM30,000 selepas wang di dalam akaun Tabung Haji miliknya disyaki dipindah ke akaun milik orang lain, Lembaga Tabung Haji (TH) mendapati, pemindahan wang itu adalah daripada akaun Tabung Haji pengadu kepada akaun bank miliknya sendiri.
Perkara itu dimaklumkan TH dalam satu kenyataan, hari ini.
"Merujuk kepada dakwaan transaksi tidak sah yang berlaku di Sarawak yang dilaporkan di media hari ini, siasatan TH mendapati transaksi pemindahan wang adalah dari akaun Tabung Haji pengadu kepada akaun bank miliknya sendiri," katanya.
Hari ini, seorang bekas pegawai kanan kerajaan mendakwa kerugian lebih RM30,000 selepas wang di dalam akaun Tabung Haji miliknya disyaki dipindah ke akaun milik orang lain serta dikeluarkan dengan menggunakan mesin juruwang automatik (ATM) sejak tahun 2018.
Bagaimanapun, kehilangan wang itu hanya disedari Datuk Jabidah Monseri, 66, pada 30 November tahun lalu.
Selepas bersara sebagai Timbalan Ketua Pengarah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada 2017, Jabidah ditawarkan jawatan baharu sebagai Pengerusi Unimas Holdings iaitu anak syarikat milik Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).
Berikutan terlalu sibuk dengan tugas baharu, beliau tidak mengemas kini akaun Tabung Hajinya sehingga terjumpa semula buku akaun pada November tahun lalu dan mengemaskini akaun itu di pejabat TH di Kuching.
Bagaimanapun katanya, beliau hampir pengsan sebaik sahaja kerani yang membuat semakan memberitahu akaunnya hanya berbaki RM1,816.74, sedangkan wang dalam akaun itu sepatutnya lebih RM31,000.
Post time 10-3-2024 08:07 AMFrom the mobile phone|Show all posts
mungkin jugek dia dah pergi haji jd.. dia tk tengok sgt baki acc TH dia. cuma bila nk pergi umrah baru sedar.
tp isu nya. masa duit kat TH tk cukup, kecoh. tp duit bertambah dlm acc bank 30k tak bertanya² ke.. mana dtg duit...
Post time 10-3-2024 08:16 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Last week aku dengar podcast F&N. Memang ada cerita pasal makcik ni. Sebenarnya waktu withdraw duit kat mesin, makcik ni mungkin tak perasan yg dia withdraw dari tabung haji dan bukan dari akaun simpanan. Tabung Haji pun dah beri penjelasan. Tapi makcik ni tak mi ta maaf pun atas kesilapan dia sendiri tuduh Tabung Haji hilangkan duit dia.
faiz ni tak tau ke boleh kuarkan duit ASB pakai apss asnbmy tu...halah sapa yg tak tau teknologi ni skrg....mamat nilately ada flex2 skit lepas dah ada income lebat ni mcm malas plak nak nengok...dulu ok je, tp sejak dia buat perangai eksen masa nak reveal plak youtube dia I turn off dah nak tgk...
Post time 10-3-2024 09:14 AMFrom the mobile phone|Show all posts
gangerina replied at 10-3-2024 08:52 AM
faiz ni tak tau ke boleh kuarkan duit ASB pakai apss asnbmy tu...halah sapa yg tak tau teknologi n ...
tp apps myasnb blh keluarkan max 2k je sebulan. kalau nak keluar byk pergi ke kaunter la jugak jwbnya.
bagus la rules camni baru namanya tempat menyimpan
mmg something wrong with this makcik. sheols tekan kan kesibukan sheols as acik gomen ternama and yet dalam 30k jer duit sheols dalam th which is vbery the celah gigi for someone like her very the typical acik gomen ternama yang berlagqk and suka blame pipol