CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3950|Reply: 0

[Kedah] Jambatan Sungai Perangin Oriental Village Langkawi dibuka - Alexander

[Copy link]
Post time 9-3-2024 01:18 PM | Show all posts |Read mode

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (lima kanan) ketika meninjau Jambatan Sungai Perangin Oriental Village di Pulau Langkawi yang dibuka kepada pengguna jalan raya hari ini. - Foto FB Alexander Nanta Linggi

ALOR SETAR: Jambatan Sungai Perangin Oriental Village di Pulau Langkawi dibuka kepada pengguna jalan raya hari ini, sekali gus mampu menyelesaikan masalah kesesakan di laluan itu pada waktu puncak.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata jambatan baharu sepanjang 25 meter dengan kelebaran 12.5 meter itu membabitkan kos sebanyak RM7.8 juta.

Katanya, jambatan itu penting kerana menghubungkan laluan utama ke kereta kabel Langkawi dan Hotel Berjaya yang menjadi tumpuan penduduk setempat dan pelancong dari dalam dan luar negara.

"Tentunya laluan dan jambatan baru ini akan menggalakkan lagi aktiviti pelancongan untuk terus berkembang dan membantu ekonomi setempat," katanya dalam kenyataan.



Alexander berkata, beliau turun sendiri bagi meninjau projek pembinaan jambatan itu yang diluluskan dalam senarai Projek Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK -11) bagi menyelesaikan masalah kesesakan yang teruk di laluan berkenaan pada waktu puncak menyebabkan kerosakan fizikal yang teruk di jalan ini.

"Kerja-kerja yang dilaksanakan termasuk menaik taraf Jalan Tuju, kerja-kerja geoteknikal (tembok penahan), menaik taraf dan membina sistem saliran, pemasangan lampu dan perabot jalan serta pengalihan utiliti.

"Dalam tinjauan semalam, saya berpuas hati dengan keadaan jalan raya dan jambatan baru yang dibina dan sudahpun dibuka kepada semua pengguna jalan raya. Penyerahan secara rasmi akan diadakan pada esok," katanya.

Alexander berkata, selain jambatan berkenaan dalam sesi lawatan kerja sehari di Langkawi beliau turut meninjau perkembangan kerja-kerja pembinaan bangunan tambahan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.

Katanya, pembinaan projek itu diluluskan di bawah Rolling Plan Ketiga (RP3) RMK-11 dengan kos keseluruhan projek sebanyak RM425 juta.

"Projek ini yang dijangka siap pada 26 Disember 2025 bertujuan untuk menjadikan perkhidmatan penjagaan pakar perubtan lebih mudah diakses kepada penduduk serta pelancong di Langkawi yang makin bertambah.

"Penambahan sebanyak 220 katil baharu yang menjadikan jumlah keseluruhan katil kepada 330 katil di hospital ini dilihat mampu menampung keperluan penduduk terhadap akses perubatan dan rawatan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... wi-dibuka-alexander

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:59 PM GMT+8 , Processed in 0.194625 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list