CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16114|Reply: 0

[Kedah] Fadhlina mahu lebih ramai pelajar sertai badan beruniform

[Copy link]
Post time 9-3-2024 09:44 PM | Show all posts |Read mode
Fadhlina mahu lebih ramai pelajar sertai badan beruniform

09 Mac 2024 08:11pm








Fadhlina (baju merah) bergambar bersama ahli pengakap pada Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Peringatan 100 Tahun Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah sempena Majlis Aspirasi Guru Pengakap Negeri Kedah di Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun hari ini. Foto Bernama




GURUN -  Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berharap lebih ramai pelajar menyertai badan beruniform seperti pengakap bagi melahirkan individu yang mempunyai nilai kemanusiaan dan disiplin tinggi.

Beliau berkata, para pelajar perlu terus digerakkan supaya sisi manusiawi dan disiplin mereka dalam menganggotai badan itu akan dapat mewujudkan pembangunan yang lebih holistik.



Tambah beliau, Kementerian Pendidikan berharap sesi persekolahan 2024/2025 yang akan bermula di beberapa negeri esok berjalan lancar.

"Untuk esok, kita semua telah lakukan persiapan dan beri taklimat dari segi sesi libat urus bersama Jabatan Pendidikan semua negeri serta Pejabat Pendidikan Daerah... Insya-ALLAH, semua sudah pun digerakkan untuk semua negeri.



"Anak saya pun masuk darjah satu esok... saya bersama ibu bapa yang lain akan mula sibuk sepanjang seminggu dan jangan lupa, minggu pertama adalah minggu yang penuh dengan aktiviti serta penglibatan pelajar," katanya selepas Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Peringatan 100 tahun Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah sempena Majlis Aspirasi Guru Pengakap Negeri Kedah hari ini.


Fadhlina (enam dari kiri) bergambar pada Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Peringatan 100 Tahun Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kedah sempena Majlis Aspirasi Guru Pengakap Negeri Kedah di Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun hari ini. Foto Bernama




Terdahulu, Fadhlina dianugerah Bintang Peringatan 100 Tahun Pengakap Kedah sebagai penghargaan atas komitmen beliau dan memberi semangat kepadanya untuk terus berkhidmat kepada pergerakan itu serta masyarakat.

Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu memulakan sesi persekolahan 2024/2025 esok manakala negeri-negeri lain pada Isnin. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.085424 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list