CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16117|Reply: 0

[Pulau Pinang] UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti

[Copy link]
Post time 9-3-2024 09:48 PM | Show all posts |Read mode
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti

09 Mac 2024 08:11pm








Ahmad Zahid bercakap pada sidang media Jelajah Akar Umbi Presiden UMNO Bersama UMNO Bahagian Kepala Batas hari ini. Foto Bernama




KEPALA BATAS - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah turun padang secara berterusan untuk mengadakan pertemuan dengan akar umbi parti di seluruh negara bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu UMNO menggarab semula sokongan pengundi-pengundi Melayu kepada calon parti itu bagi mewakili Barisan Nasional (BN).



"Jelajah akar umbi itu saya telah jalankan sejak Oktober tahun lepas dan sambutan daripada akar umbi memang luar biasa. Mereka dahagakan maklumat semasa dan saya berikan penjelasan biarpun tidak terperinci, dengan menggariskan beberapa isu yang menjadi persoalan kepada mereka.

"Persepsi bertambah baik (terhadap Kerajaan Perpaduan), walaupun kerajaan ini di bawah Anwar sering dilemparkan dengan (dakwaan) beberapa isu. Tetapi saya yakin dengan adanya jumlah dua pertiga (sokongan) yang ada di Parlimen bersama (Kerajaan Perpaduan),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Beliau berkata demikian selepas Jelajah Akar Umbi Presiden UMNO bersama UMNO Bahagian Kepala Batas, yang turut dihadiri Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, mesyuarat pertama susulan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024), akan diadakan pada Isnin ini untuk berbincang dengan pengerusi kluster.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemandu kepada Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) berkata, KEB 2024 itu memperlihatkan komitmen kerajaan melaksanakan semua resolusi yang munasabah dilaksanakan, tanpa perlu mewujudkan agensi-agensi baharu.


Ahmad Zahid ketika hadir pada Jelajah Akar Umbi Presiden UMNO Bersama UMNO Bahagian Kepala Batas hari ini. Foto Bernama




"Kita perkukuhkan agensi yang sedia ada dan mana-mana program telah dibatalkan seperti Unit Penyertaan Bumiputera, kita wujudkan Unit Pemerkasaan Bumiputera supaya agenda bumiputera dilaksanakan tanpa mengetepikan kesaksamaan kepada etnik kaum di negara kita,” katanya.

KEB 2024 yang dianjurkan Kementerian Ekonomi serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada 29 Feb hingga 2 Mac, diadakan bagi menetapkan hala tuju, dasar dan pendekatan baharu agenda pemerkasaan bumiputera.

Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan berkata, satu sekretariat tetap akan diwujudkan pada kadar segera, bagi tujuan pemantauan pelaksanaan resolusi yang ditetapkan pada KEB 2024, dan akan diletakkan di bawah MEB.




Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, Konvensyen Kerajaan Perpaduan yang seterusnya, dicadangkan akan berlangsung selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Selepas dianjurkan di Perak dengan sambutan luar biasa, kita nak ia dianjurkan di negeri-negeri lain pula dan kita mencadangkan Konvensyen Kerajaan Perpaduan ini dilakukan dalam bulan Syawal di Pulau Pinang,” katanya.

Konvensyen Kerajaan Perpaduan yang dianjurkan di Perak pada Januari, telah dihadiri lebih 1,500 perwakilan mewakili Pakatan Harapan dan BN negeri. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.502526 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list