CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28340|Reply: 0

[Kedah] 26 projek bernilai RM357.8 juta dilaksana di Langkawi - Ahmad Maslan

[Copy link]
Post time 10-3-2024 04:38 PM | Show all posts |Read mode

Ahmad Maslan (empat dari kanan) merasmikan pembukaan Jambatan Sungai Perangin berharga RM7.8 juta di Oriental Village, Langkawi.- Foto NSTP/Hamzah Osman

LANGKAWI: Sebanyak 26 projek pembangunan dibiayai Kerajaan Persekutuan membabitkan nilai keseluruhan RM357.8 juta sedang dilaksanakan di pulau ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata ia membabitkan projek pelbagai kementerian termasuk pembinaan dan naik taraf bangunan, infrastruktur maritim, projek jalan, jambatan dan pengurusan fasiliti.

"Dari segi pecahan projek termasuk 10 binaan bangunan, infrastruktur maritim (tujuh projek), jalan dan jambatan (tiga projek), pengurusan fasiliti (satu projek) dan naik taraf bangunan (lima projek).

"Semuanya menggunakan peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) 2021-2025," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Siap Jambatan Sungai Perangin, Oriental Vilage, di sini, hari ini.



Ahmad berkata, sebahagian projek dilaksanakan bawah Kementerian Komunikasi; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

"Turut terbabit Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Perdana Menteri; Kementerian Pendidika Tinggi dan Kementerian Dalam Negeri.

"Selebihnya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan; Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan," katanya.

Beliau berkata, tiga projek lain yang sedang dilaksanakan dan turut menelan belanja besar termasuk projek Pembesaran Hospital Sultanah Maliha bernilai RM425 juta, Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Bohor Jaya (RM48.9 juta) dan Pembinaan Kuarters Kementerian Kesihatan (RM88.7 juta).

Sementara itu, ketika mengulas projek Jambatan Sungai Perangin di Oriental Village berharga RM7.8 juta yang dirasmikannya hari ini, Ahmad berkata, projek itu memberi manfaat kepada ribuan penduduk dan pelancong.

"Alhamdulillah jambatan sudah boleh digunakan, walaupun projek ini sepatutnya siap dua tahun lalu tetapi disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ianya gagal disiapkan mengikut jadual," katanya.

Yang turut hadir, Pengarah Kanan Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, Datuk Ir Ibrahim Esa; Pengarah JKR Kedah, Ir Mohd Fisal Ismail dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin.
https://www.bharian.com.my/berit ... ngkawi-ahmad-maslan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.293053 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list