CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25671|Reply: 0

[Kedah] Bekalan ayam di Kedah dijamin mencukupi sepanjang Ramadan

[Copy link]
Post time 10-3-2024 06:52 PM | Show all posts |Read mode
Bekalan ayam di Kedah dijamin mencukupi sepanjang Ramadan

OlehROSHILA MURNI ROSLI

10 Mac 2024 05:03pm








Jaffri (duduk, kiri) menandatangani MoU antara FAMA dan Ayam Bismi sambil diperhatikan Aminuddin (berdiri, tengah).




ALOR SETAR - Bekalan ayam di Kedah dijamin mencukupi untuk menampung keperluan pengguna sepanjang bulan Ramadan ini.

Penternak dan juga pengedar ayam merangkap Pengerusi Ayam Bismi Sdn Bhd, Jaffri Ahmad berkata, pihaknya akan meningkatkan bekalan ayam sebanyak 25 peratus untuk menampung keperluan pengguna.



Ini kerana katanya, mereka menjangkakan permintaan ayam pada bulan puasa meningkat berbanding hari biasa.

"Kalau musim biasa kita masuk 200,000 ekor seminggu tapi bulan Ramadan kita masuk 250,000 ekor seminggu sebab kita jangka permintaan akan meningkat.



"Walaupun kita tak tahu banyak mana peningkatan yang akan berlaku tetapi kita buat persediaan dengan menambah bekalan ayam," katanya ketika ditemui pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan Ayam Bismi Sdn Bhd di sini pada Ahad.

Jaffri berkata, kerjasama bersama FAMA itu menyaksikan Ayam Bismi akan menyediakan 60 tan ayam untuk pemasaran pihak FAMA bagi tahun 2024.

"Ia adalah kerjasama untuk meneruskan keterjaminan makanan negara dalam usaha pembekalan ayam proses halal kepada pengguna.

"Lagipun Ayam Bismi mempunyai rumah sembelihan yang berstatus halal oleh Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) serta memiliki Sijil MeSTI iaitu Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.




Sementara itu, Pengerusi FAMA, Aminuddin Zulkipli berkata, selain ayam keperluan makanan lain juga dijamin mencukupi untuk keperluan pengguna pada bulan puasa ini.

"Setakat ini tiada isu berbangkit seperti kita dengar di Sabah ada isu telur tidak cukup, tetapi di Kedah alhamdulillah setakat ini semua cukup," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.895386 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list