CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18916|Reply: 0

[Kedah] Budak lelaki OKU ditemukan lemas dalam sungai

[Copy link]
Post time 11-3-2024 12:58 AM | Show all posts |Read mode
Budak lelaki OKU ditemukan lemas dalam sungai


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



MAYAT kanak-kanak lelaki OKU berusia 11 tahun yang ditemukan lemas di Sungai Kampung Tala, Mukim Jeneri. FOTO Ihsan PDRM




Sik: Kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan lemas di Sungai Kampung Tala, Mukim Jeneri, di sini hari ini.

Mangsa, Muhammad Izhar Azhar, 11, ditemui lemas oleh bapanya yang berusia 49 tahun ketika melakukan pencarian di sungai berkenaan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu selepas bapa mangsa mendapati anaknya tiada di rumah mereka di Kampung Tala, Jeneri pada 5 petang.

Beliau berkata, mangsa dipercayai OKU yang mengalami masalah pembelajaran.

"Bapa mangsa cuba mencari anaknya di sekitar kawasan berhampiran rumah mereka tetapi gagal menemuinya.

"Seterusnya dengan bantuan penduduk kampung, bapa mangsa melakukan pencarian di kawasan sungai Kampung Tala sebelum menemui pakaian mangsa di tepi sungai berkenaan pada jam 6.30 petang.

"Tidak lama kemudian mangsa ditemui dalam keadaan tidak bernyawa dipercayai lemas," katanya ketika dihubungi hari ini.

Berikutan itu, bapa mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Abdull Razak berkata, hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan kecederaan ditemui pada badan mangsa dan kanak-kanak lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Sik tidak lama kemudian.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Sik sebelum dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk tindakan lanjut.



Disiarkan pada: Mac 10, 2024 @ 11:13pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 1.010623 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list