CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3585|Reply: 0

[Pulau Pinang] Selindung khidmat e-skuter di sebalik kedai sewa basikal

[Copy link]
Post time 11-3-2024 04:01 PM | Show all posts |Read mode

Pasukan penguat kuasa MBPP ketika menjalankan serbuan di sebuah premis menyewa e-skuter di Lebuh Armenian, semalam.

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) membongkar taktik licik pengusaha sebuah premis menyewa e-skuter tanpa lesen yang dikatakan berselindung di sebalik perniagaan sewa basikal di Lebuh Armenian di sini, semalam.

MBPP dalam kenyataan berkata, serbuan tersebut dijalankan Jabatan Pelesenan bersama Pasukan Risikan dan Operasi Jabatan Penguatkuasaan MBPP, kira-kira pukul 11 pagi.

Menurutnya, hasil risikan mendapati premis tersebut telah berselindung di sebalik sebuah kedai menyewa basikal dan menawarkan khidmat sewa e-skuter kepada orang ramai.

“Dalam serbuan tersebut, MBPP telah merampas sebanyak 28 buah e-skuter yang dijadikan sebagai barang perniagaan oleh premis yang menjalankan tred dan perniagaan tanpa lesen yang sah daripada pihak Majlis.

“Turut dilaporkan, semasa risikan dan pemantauan sebelum operasi ini dijalankan, sebuah e-skuter telah terlibat dalam satu kemalangan kecil dengan melanggar sebuah kereta orang awam.

“Malah terdapat beberapa kenderaan e-skuter yang ditunggang secara berbahaya dan melulu di atas jalan raya yang dipenuhi dengan kenderaan,” katanya di sini.

Dalam pada itu katanya, pengusaha sewa kenderaan mikromobiliti itu juga didapati tidak membuat kawalan ketat dan tidak mahu mengambil tanggungjawab terhadap pemanduan e-skuter yang disewakan kepada pengguna.

“Majlis Bandaraya Pulau Pinang mengambil perhatian serius terhadap isu keselamatan dan kepentingan awam.

“Justeru itu, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan iaitu rampasan kenderaan e-skuter di premis yang menjalankan tred dan perniagaan tanpa lesen yang sah akan dipergiatkan lagi demi keselamatan pengguna lalu lintas dan orang awam,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... kedai-sewa-basikal/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.668281 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list