CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15957|Reply: 4

[Jenayah] Datuk kaki pukul ditahan

[Copy link]
Post time 12-3-2024 01:02 AM | Show all posts |Read mode
PASIR MAS, 11 MAC: Polis menahan empat lelaki yang disenarai sebagai orang yang dikehendaki, termasuk seorang bergelar ‘Datuk’ hari ini, berkaitan dengan kes ugutan dan mencederakan mangsa di Kota Bharu, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata lelaki bergelar Datuk yang berumur 56 tahun itu ditahan di simpang empat Binjai di sini, kira-kira pukul 6 pagi tadi ketika sedang memandu kenderaan secara bersendirian, dan dia kini direman selama dua hari bagi membantu siasatan.

“Perintah reman telah dikeluarkan oleh Mahkamah Kota Bharu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Go To Safety Point di perkarangan stesen Petronas Chetok, di sini.

Beliau berkata lelaki itu yang juga presiden sebuah kelab tinju profesional negeri turut disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

Pada 4 Mac lepas polis dalam kenyataanya berusaha mengesan empat lelaki yang dikehendaki bersabit beberapa kesalahan jenayah di Kota Bharu, yang dikenali sebagai Mohd Fared Abdul Ghani, 56, Mohd Izani Ibrahim, 42, Mohd Haziman Hikamarhakimi, 37, dan Wan Sharilazry Wan Mohd Sukry, 35.

— BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2024 07:50 AM | Show all posts
Gedebey
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 08:12 AM | Show all posts
ada kelab tinju eh dekat kelantan? ke kelab tomoi?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 11:24 AM | Show all posts
geng mandi lanjei
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Geng gedebeh..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.074291 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list