CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5670|Reply: 0

Janganlah melampau sangat kritik Harimau Malaya -KPG

[Copy link]
Post time 12-3-2024 02:37 PM | Show all posts |Read mode

Pengendali Harimau Malaya Kim Pan-gon.

Kuala Lumpur: Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon berharap peminat berlapang dada dan tidak memberi kritikan melampau hingga boleh memberi impak negatif menjelang dua aksi getir menentang Oman dalam Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Muscat dan Bukit Jalil, masing-masing pada 21 dan 26 Mac.

Jelas jurulatih dari Korea Selatan itu, kejayaan mengikat Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia di Qatar Januari lalu, sudah berlalu dan pertemuan dengan Oman adalah cerita berbeza.

Katanya, pembentukan sebuah pasukan mantap memerlukan masa yang agak panjang dan ia diibaratkan umpama nasi yang memerlukan masa lebih daripada satu minit untuk dimasak.

"Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku. Keadaan berbeza ketika ini kerana kami agak ketinggalan dari sudut kecergasan pemain dan minit permainan kerana liga (Liga Malaysia) hanya bermula pada Mei.


"Sangat penting supaya semua (peminat dan pemerhati) bersatu kerana sasaran kita sekarang berbeza untuk layak ke Piala Asia setiap empat tahun.

"Kita perlu menunggu kerana 'nasi tak boleh dimasak dalam satu minit', kita perlukan masa dan percaya dengan proses ini," katanya yang diletakkan sasaran untuk membawa pasukan layak secara merit ke Piala Asia 2027 yang dijadual berlangsung di Arab Saudi.

Ketika ini, skuad negara berada di landasan tepat merealisasikan sasaran itu susulan kejayaan mengutip enam mata maksimum selepas menang dua aksi terdahulu dalam Kumpulan D pada pusingan kelayakan itu.

Dalam perkembangan sama, Pan-gon akui kecewa apabila ada pihak yang memintanya meletakkan jawatan selepas pasukan tewas pada dua aksi Piala Asia di tangan Jordan dan Bahrain, sebelum bangkit ikat Korea Selatan.

"Dalam masa dua tahun ini, kami meletakkan banyak usaha dan memberikan kegembiraan buat penyokong Malaysia tetapi selepas satu perlawanan, anda menyerang saya dan meminta saya meletak jawatan.

"Perkara ini membuatkan saya kecewa dan menyakitkan hati," katanya yang muncul pengendali pertama dalam tempoh 43 tahun membawa kembali Malaysia layak ke Piala Asia secara merit.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -harimau-malaya-kpg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.051610 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list