CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8790|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis tahan 4 keldai akaun sindiket penipuan babit kerugian lebih RM113,000

[Copy link]
Post time 12-3-2024 04:50 PM | Show all posts |Read mode
Polis tahan 4 keldai akaun sindiket penipuan babit kerugian lebih RM113,000


Mac 12, 2024 @ 4:38pm



Foto hiasan.



BALIK PULAU: Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita disyaki menjadi 'keldai akaun' kepada beberapa sindiket penipuan sehingga menyebabkan empat mangsa kerugian lebih RM113,000 dalam serbuan berasingan di sekitar Pulau Pinang semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata dalam kes pertama, polis menahan seorang lelaki berusia 50 tahun dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket memperdaya mangsa bagi urusan mendapatkan komisen kerja dalam talian melibatkan kes di Bayan Lepas.

"Berdasarkan siasatan mangsa membuat beberapa transaksi secara dalam talian ke akaun bank suspek dengan jumlah keseluruhan RM65,964.92 dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.

Beliau berkata, polis turut menahan seorang lelaki berusia 31 tahun kerana menjadi keldai akaun kepada sindiket tawaran kerja sambilan dalam talian yang tidak wujud membabitkan mangsa di Bayan Baru.

Katanya, dalam kes itu mangsa membuat enam transaksi secara dalam talian ke akaun bank lelaki terbabit berjumlah RM31,629.

Kamarul Rizal berkata, bagi kes ketiga, seorang wanita berusia 54 tahun ditahan selepas dipercayai terbabit sindiket 'phone scam' melalui aplikasi TikTok dengan mangsa membuat 13 transaksi dalam talian ke akaun bank berbeza keseluruhan berjumlah RM6,600.

"Kes keempat pula membabitkan penahanan lelaki berusia 39 tahun yang menjadi keldai kepada akaun sindiket urusan kerja sambilan dalam talian tidak wujud dengan mangsa membuat transaksi dalam talian ke akaun bank keseluruhan berjumlah RM9,269.70," katanya.

Semua yang ditahan membabitkan sindiket penipuan berbeza dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.061327 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list