View: 10419|Reply: 94
|
[Tempatan]
The Ahmadi jelas sesat, bercanggah ajaran Islam
[Copy link]
|
|
The Ahmadi jelas sesat, bercanggah ajaran Islam
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... nggah-ajaran-islam/
Oleh MOHD RASDAN AHMAD
14 Mac 2024, 2:12 pm
The Ahmadi
PETALING JAYA – Falsafah dan konsep ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light (AROPL) jelas mengandungi banyak percanggahan dengan ajaran Islam dan bersifat plularisma agama.
Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Madya Datuk Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil berkata, walaupun luarannya seolah-olah menampakkan ianya berbaur ajaran Islam, tetapi orang yang memiliki sedikit ilmu pengetahuan ajaran Islam pasti menyedari ajaran itu jelas menyalahi ajaran Islam yang sebenar.
“Pihak IKIM ingin menegaskan bahawa AROPL yang didapati disebarkan secara dalam talian pada masa ini merupakan ajaran sesat yang tiada kaitan dengan ajaran Islam, walaupun kandungannya dilihat banyak memetik ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith Nabi SAW.
“Sebagai inisiatif membantu pembendungan ajaran sesat ini, IKIM akan menggunakan semua saluran dan platform seperti radio, TVIKIM, media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan sebagainya untuk memberikan kefahaman jelas kepada masyarakat awam betapa bahayanya ajaran sesat ini jika ia menular,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Dr. Mohamed Azam berkata, IKIM juga akan menghasilkan penulisan oleh pegawai-pegawai penyelidik dan para felo yang akan diterbitkan dalam akhbar perdana dan laman web IKIM bagi memberi kefahaman yang sebenar kepada masyarakat.
“IKIM memandang serius isu ini dan akan melakukan sebarang usaha untuk membendung penyebaran ajaran sesat di Malaysia,” katanya.
Beliau berkata, ajaran sesat itu aktif di pelbagai platform media sosial mahal lebih popular melalui penstriman langsung di platform TikTok.
“Ajaran ini menyeru orang ramai turut menjadi pengikut Imam al-Mahdi dan pemimpin Imam Mahdi yang didakwa muncul masa kini.
“Kebimbangan tercetus kerana akaun TikTok itu mempunyai pengikut lebih 30,000 pengikut dan mempunyai jumlah penonton yang ramai, selain menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa komunikasi mereka,” ujarnya.
Sementara itu, di aplikasi YouTube pula, saluran The Ahmadi Religion of Peace and Light mempunyai 24.3K pengikut dan 275 video.
Terdahulu, masyarakat Islam di Malaysia baru-baru ini dikejutkan dengan kemunculan satu ajaran sesat menggunakan nama ‘The Ahmadi Religion Peace and Light’ atau ‘Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya’ yang dikepalai seorang individu mengaku dirinya ialah Imam al-Mahdi dengan menggunakan gelaran Abdullah Hashem Aba al-Sadiq manakala pendeta (bishop) mereka di Malaysia dan Indonesia bernama Kashfullah Amaluddin.
Mereka mempercayai penjelmaan semula (reincarnation) juga mempercayai utusan Tuhan itu terdiri daripada pelbagai manusia yang hebat daripada pelbagai agama seperti Nabi Ibrahim, Krishna, Zoroaster, Buddha, Zeus, Moses, Aristotle, Socrates, Pythagoras, Plato, Nabi Isa dan Nabi Muhammad SAW. – KOSMO! ONLINE.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sihulk x habis lagi muncul ajaran sesat yg baru hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
astafirullah....syiah ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Ke syiah pun tidak, ke sunni pun tidak.
Dia dok tengah².
Kultus baru.
Imam Mahdi uar² pada khalayak yg dia Imam Mahdi.
Ada kes pengikut Mahdi tanahair yg kena scam kat Mekah kaa manatah, kena tinggal bodo² gitu ja konon menunggu Mahdi mai datang. Ketua dia dah cabut lari awal.
Soklannya, yg sini tunggu Mahdi, yg sana menaku Mahdi. Takkan dua² ni tak perasan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini yg clear case dan disahkan sesat slps siasatan dibuat
Yg masih on going X tau la berapa bnyk lg
Moga Kita semua berada di landasan yg benar
Gitu tazkirah Ramadan |
|
|
|
|
|
|
|
Nabi bersabda, umat akhir zaman berpecah kepada 73 golongan dan 72 daripada golongan itu adalah sesat dan hanya satu yang berpegang kepada al-Quran dan hadis, iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/12/787249/akidah-umat-islam-diancam-pelbagai-gerakan-mufti-melaka
أَلَا إِنَّ مَنْ قَبْلَكُمْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ افْتَرَقُوا عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً، وَإِنَّ هَذِهِ الْمِلَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ: ثِنْتَانِ وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ، وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ، وَهِيَ الْجَمَاعَةُ
Maksudnya: “Ketahuilah sesungguhnya golongan ahli kitab sebelum daripada kamu berpecah kepada 72 atau 73 golongan. Dan golongan ini (Islam) akan berpecah kepada 73 golongan. 72 golongan akan ke neraka dan satu golongan akan ke syurga iaitu al-Jemaah.” [Riwayat Abu Daud (4597)]
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/2818-irsyad-al-hadith-siri-ke-306-hadith-73-golongan |
|
|
|
|
|
|
|
Kuin-Kepam replied at 15-3-2024 11:11 PM
astafirullah....syiah ke ni?
Syiah pun tak ngaku, dikk..
Deme ni cult baru kott.. yg iols pelik ada pulak budak melayu sanggup jadi pengikut.. ada poremer dok puji sbb kashfullah ni grad oberc.. iols rasa poremer tu pun ada masalah jugak.. sapa la pengikut poremer tu yachh?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Bukan Anwar Ibrahim ke Imam Mahdi? Makhluk anugerah Tuhan bak kata Wan Jijah?
Harap Imam Mahdi lain ambik jawatan lain. Anwar Al Juburi lebih cocok sebagai Imam Mahdi. Siap dah tubuhkan kerajaan Mahaldahni (singkatannya Mahdi). |
|
|
|
|
|
|
|
Perwira2022 replied at 16-3-2024 03:12 PM
Bukan Anwar Ibrahim ke Imam Mahdi? Makhluk anugerah Tuhan bak kata Wan Jijah?
Harap Imam Mahdi lain ...
Itu namanye Imam Mekdi! |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 16-3-2024 02:08 PM
TQ for the post. Sis please post more n feed us any vids about this new religion and leader. |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 16-3-2024 02:08 PM
Jadi apa tt imam mahadi? |
|
|
|
|
|
|
|
agama lain pon ckp weols sesat, siap tuhan deols warning agama yg datang lepas ni adalah sesat ... agama apa tu ..... mana boleh tulis punya |
|
|
|
|
|
|
|
slavehunter replied at 16-3-2024 04:53 PM
TQ for the post. Sis please post more n feed us any vids about this new religion and leader.
Tak payah la.. nnt kang hang sesat, iols yg susah ati.. iols masih takleh brain org mesia terjebak dgn menda ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hangpa salah bulan utk posa gaissss.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mary_jane replied at 16-3-2024 04:54 PM
Jadi apa tt imam mahadi?
Dia dgn bishop2 sumer pakai black beanie.. pakai baju itam.. pakai jeans..
Nak kata stylo pun takleh.. nampak kepam ada la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mary_jane replied at 16-3-2024 04:54 PM
Jadi apa tt imam mahadi?
|
|
|
|
|
|
|
|
mesti deme feeling tpaling rare dpt mewujudkan agama lain. padahal tipu org dgn bnde yg dh ade pastu goreng sini sikit gorenh situ sikit. dah lah fefeeling padahal tak kreatif pon, uwekkkkk. esok org tau ko bodoh kerja mcapub jer, org keluar ler. ni tak lama ni mula la tu scam duit kat pengikut, nmpk mcm sangkak aje |
|
|
|
|
|
|
| |
|