CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5419|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penganggur peras ugut selepas sengaja cetus kemalangan dijel 11 bulan

[Copy link]
Post time 14-3-2024 03:34 PM | Show all posts |Read mode

ASHROFF (baju putih) dijatuhi hukuman penjara 11 bulan selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini. FOTO Aminah Yusof

Georgetown: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhi hukuman penjara 11 bulan ke atas seorang penganggur atas dua pertuduhan peras ugut selepas sengaja mengakibatkan kemalangan jalan raya, tahun lalu.

Tertuduh Ashroff Abdul Shukoor, 41, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa sengaja melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan terhadap seorang wanita berusia 55 tahun.

Tertuduh dengan curang memberitahu bahawa kononnya satu bencana akan berlaku kepada wanita itu sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai masing-masing berjumlah RM50 dan RM30 kepada lelaki itu.



Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tembaga, Jelutong yang terletak dalam Daerah Timur Laut di sini, pada 15 November 2023 jam 2.30 petang dan mengulangi perbuatan sama terhadap wanita sama pada 30 November 2023, jam 2.05 petang.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Atikah Asharaf Ali manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Semasa prosiding, Nurul Atikah memohon supaya mahkamah tidak mengurangkan hukuman memandangkan fakta kes jelas menunjukkan tertuduh merancang melakukan jenayah berkenaan selain mengambil kira faktor kepentingan awam.

Bagaimanapun tertuduh merayu agar mahkamah memberikan hukuman minimum dalam bentuk penjara kerana dia tidak mempunyai pekerjaan serta pendapatan selain perlu menjaga ibu bapa yang sudah tua.

Siti Nurul Suhaila kemudian menjatuhkan hukuman penjara 11 bulan bagi pertuduhan pertama dan 10 bulan bagi pertuduhan kedua dengan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh tertuduh ditangkap pada 10 Mac lalu.

Ahad lalu, media melaporkan polis memburu seorang lelaki yang tular di media sosial selepas didakwa sengaja menyebabkan kemalangan jalan raya dengan niat untuk meraih wang ganti rugi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ngan-dijel-11-bulan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.051095 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list