CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6286|Reply: 0

[Kedah] Paras air 3 empangan di Kedah memuaskan

[Copy link]
Post time 14-3-2024 04:21 PM | Show all posts |Read mode

EMPANGAN Pedu dibina bagi tujuan pengairan dan pertanian di Kedah.FOTO Ihsan MADA

Alor Setar: Paras air tiga empangan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih di tahap memuaskan untuk menampung keperluan pengairan sepanjang fenomena El Nino.

MADA dalam kenyataannya berkata sehingga hari ini takungan Empangan Pedu mencatat 71.84 peratus, Empangan Ahning sebanyak 91.83 peratus manakala Empangan Muda sebanyak 49.30 peratus.

Katanya, walaupun paras takungan air di Empangan Muda berkurangan namun penduduk tidak perlu panik berikutan air di empangan itu digunakan untuk menyokong takungan air di Empangan Pedu bagi tujuan pengairan.

"Empangan Muda tidak salurkan air ke mana-mana terusan, Empangan Muda dan Empangan Pedu ini berkongsi air yang sama, maksudnya ada terowong antara kedua empangan ini.



"Empangan Muda nampak tadahan kecil tapi sebenarnya takungan airnya lebih besar berbanding Empangan Pedu.

"Rakyat tidak perlu panik kerana Empangan Pedu masih mencatatkan takungan yang memuaskan untuk pengairan dan memulakan musim tanaman padi pada April depan," katanya.

Menurutnya, penggunaan air untuk pengairan ketika ini sangat minimum berikutan aktiviti penuaian.

"Tiada isu pengurangan air di Empangan Muda ini disebabkan faktor penggunaan air untuk domestik. Empangan Ahning yang digunakan untuk sumber air domestik, sehingga sekarang kedudukan takungan air bagi empangan ini sangat baik," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, tiga empangan ini dijangka mampu bertahan untuk menampung keperluan pengairan sepanjang fenomena El Nino yang dijangka berlarutan sehingga Jun depan.

Pengerusi MADA, Datuk Dr Ismail Salleh bagaimanapun berkata MADA sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi cuaca panas akibat fenomena El Nino termasuk memantau laporan semasa Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).

Katanya, bagi tujuan pengairan kawasan Muda, MADA mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan penggiliran pengairan kawasan-kawasan pertanian padi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -di-kedah-memuaskan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.844077 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list