CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18956|Reply: 103

“Ini Pengakhiran Saya” – Kontrak Tak Disambung, Zaquan Adha Menangis Umum Bersara

  [Copy link]
Post time 14-3-2024 10:05 PM | Show all posts |Read mode






Siapa tidak kenal dengan bekas kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abdul Razak yang hampir dua dekat bermain untuk Liga Malaysia.


Namun, pemain ini mengumumkan bersara selepas kontraknya bersama Negeri Sembilan tidak disambung.


Menerusi rakaman yang dimuat naik era.je, bintang bola sepak profesional ini dilihat menangis berkata ini bukanlah pengakhiran yang diidamkan.


  



Memetik laporan Astro Awani, Zaquan reda rezeki setakat ini sahaja selepas menerima sekeping surat pada malam Ramadan pertama.


"Saya reda, mungkin rezeki saya sampai di sini. Apabila sudah di penghujung baru dapat surat, perancangan saya jadi terjejas. Kerana mana lagi pasukan saya mahu pergi, saya mahu cari?


"Inilah lumrah sebagai pemain bola sepak. Pasukan Negeri Sembilan sebenarnya sudah berlatih hampir seminggu tetapi saya tidak dapat apa-apa makluman daripada pihak pengurusan sebelum ini."


Kata penyerang berusia 37 tahun ini lagi, dia seboleh-bolehnya mahu mengakhiri karier bola sepak bersama pasukan Negeri Sembilan. Mengikut perancangan asal, dia mahu terus berkhidmat dalam kejurulatihan skuad itu.


"Sebenarnya, sekembalinya saya bersama pasukan Negeri Sembilan – lahirnya saya sebagai pemain bola sepak adalah bersama Negeri Sembilan."


Apabila perkara tidak dijangka ini terjadi, Zaquan merasakan dia tidak akan sertai pasukan lain untuk bermain. Jadi, dia mengumumkan bersara sebagai pemain bola sepak profesional.


"Kerana dunia saya bola sepak. Apabila terjadi macam ini, saya rasa ini pengakhiran saya sebagai pemain profesional bola sepak. Mungkin saya bersaralah."


Terbaru, kembar kepada Aidil Zafuan ini memuat naik hantaran di Instagram memaparkan dirinya sedang menandatangani kontrak. Namun, tidak dijelaskan secara terperinci mengenai kontrak tersebut.


  



Beliau hanya mengucapkan syukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah SWT. Meskipun satu pintu rezeki tertutup, Allah SWT hadirkan rezeki melalui pintu lain pula.


Kredit: era.je | Astro Awani | Instagram Zaquan Adha | OhMedia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2024 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tua.

Dah tua semua orang tak nak...pokok sawit tua pun orang buang tanam baru.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 10:50 PM | Show all posts

Kata penyerang berusia 37 tahun ini lagi


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 14-3-2024 11:58 PM

37??? Sbg pemain...dh tua dh tu.Harap FAM,KBS dan PENDIDIKAN boleh berkolaborasi/fikirkan sesuatu..bg depa jd jurulatih tuk budak sekolah...bg bekas pemain Harimau Malaya yg memenuhi 'piawaian'...la.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Lainla kalau jenis keja guna otak..sampai umur 98 tahun pun masih laku.[em:3:]
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai mkn heols lakibini sendu ke idok ? Anak bederet. Harap byk savings
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2024 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
kat eropah pun sama kalau usia sebegitu, setakat ni luka modric dgn abang do je yg masih diperlukan ????
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak main bola sampai umur 55 ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2024 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 15-3-2024 12:06 AM
Nak main bola sampai umur 55 ke?

Disebabkan men-no-pause, akak main bola sendiri sampai akhirul hayat
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cm_vungtau at 15-3-2024 12:54 AM

Dah kenapa nak menangis? Kau pikir kau Ronaldo nak main bola sampai umur 40? Agittew

Penonton pun maleh tengok orang tua main bola. Rengsa tau tak? Kasik la budak muda main.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 12:58 AM | Show all posts
sudah sudahlaaa...masa di kemuncak da berakhir,,sila beri laluan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 15-3-2024 12:09 AM
Disebabkan men-no-pause, akak main bola sendiri sampai akhirul hayat

Tak pencen ke?


Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiap yg bermula pasti ada akhirannya. Harap2 dah ada saving yg cukup utk meneruskan hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 15-3-2024 12:09 AM
Disebabkan men-no-pause, akak main bola sendiri sampai akhirul hayat

Eh kaka laki ka pompan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 02:31 AM | Show all posts
Main bolasepak pro ni patutnya berenti umur berapa wey ..bg aku 37 mcm berumur dah nak main bola pun
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 04:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Sikit2 injured..masuk padang sekejab pastu keluar sakit kaki..
Umur dh 30an kut bukannya muda lg.
Nangis sbb dh tkde income ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2024 05:04 AM | Show all posts
downgrade liga bang, tengok mcm ronaldo dgn messi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 05:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Laa... Dah tu.. X kan x expect kot.. Umur 37 msih dpt main dah kira beruntung... Org lain dah lama kn cantas.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 05:08 AM From the mobile phone | Show all posts
lainkali jd mcm azizul tu haa...smbg bljr. at least dah x laku main dah ada kerja menanti jd lectr sukan disamping dpt pencen olimpik dia tu.
tak pun mcm nicol tu ha.
ke tak sama tuk bola sepak??
ramai ahli sukan msia bila dah x layak main terus ala2 kehilangan punca pencarian nak buay kerja lain dah tak reti ala2 retis bila sendu minta bantuan
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 05:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 14-3-2024 11:37 PM
Lainla kalau jenis keja guna otak..sampai umur 98 tahun pun masih laku.[em:3:]

Kelebihan orang bijak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.084706 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list