CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12269|Reply: 9

[Tempatan] Bermasaalah, Kedah Agro Holding janji setel 9 bulan gaji tertunggak staf

[Copy link]
Post time 15-3-2024 02:45 AM | Show all posts |Read mode
Edited by stingerkaypoh at 15-3-2024 03:02 AM

Kah kah sesekali PN kena soal.. menggelupor!!!!



ALOR SETAR - Isu berkaitan tunggakan gaji pekerja Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) termasuk operasi KAHB yang dikatakan ‘bermasalah’ akan ditangani dengan segera.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah , Zafir Annuar Ghazali berkata, isu berkenaan akan diselesaikan sebaik mungkin dengan bantuan kerajaan negeri dalam meneliti kaedah yang bersesuaian.

Menurutnya, antara penyelesaian bagi menangani isu kelewatan atau tunggakan gaji kakitangan anak syarikat MBI Kedah itu, KAHB akan meneroka projek perniagaan baharu dalam masa terdekat.

“KAHB baru sahaja menerima tawaran untuk jalankan projek perniagaan baharu, sekiranya semua urusan lancar, sejumlah pendapatan akan diterima oleh KAHB.

“Sumber baharu pendapatan ini akan segera digunakan untuk membayar gaji kakitangan yang tertunggak,” katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Sebelum ini tular di media sosial berhubung surat bertarikh 12 Februari 2024, yang dihantar kepada Biro Pengaduan Awam Negeri Kedah berhubung isu tunggakan gaji kakitangan KAHB yang didakwa tidak dibayar sehingga sembilan bulan.

Menurutnya lagi, berkaitan isu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tertunggak pula, KAHB mempunyai komitmen bulanan dalam usaha menjelaskan bayaran caruman tersebut.

“Komitmen tersebut adalah melalui kaedah bayaran ansuran yang telah diluluskan oleh KWSP secara serahan cek tarikh tertunda , melibatkan jumlah sebanyak RM7,000 hingga RM36,000 setiap bulan,” jelasnya.

Sehubungan itu, pihaknya berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi kerana isu berkenaan dalam tindakan kerajaan negeri.

Difahamkan, operasi KAHB yang didakwa ‘bermasalah’ sudah lama berlarutan sejak 2016 menyebabkan MBI terpaksa menanggung kos operasi anak syarikat miliknya itu.

Sinar Harian



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2024 05:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh baru je husband iols gitau semalam pasal ni. Mcm mana gaknya theyol survive kan.theyol ni ank syarikat kedah gomen kan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 06:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak mengapa. Gaji itu habuan atas dunia sahaja. Bila kita kerja dengan ikhlas,kita dapat pahala besar di akhirat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Sanusi minta pekerja Kedah Agro Holdings yang gajinya tertunggak lebih 9 bulan untuk bersabar dan menghayati Ramadan.

“Sabarlah! Zaman nabi dulu, orang Islam berperang ketika Ramadan,” ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak gaji ke nak ujian kesabaran?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Melayu berniaga asyik rugi.

Sesuai bisnes jual tanah rizab melayu atau jual minyak lintah je macam daddyash.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2024 07:07 AM | Show all posts
aku mmg tak de keyakinan langsung PAS mentadbir negara. yg diaorg tau, kutip derma... nak bayar hutang harakah pun kutip derma dari PAS bahagian.. yg paling kelakar awal2 menang, ADUN PAS mintak derma utk set-up ofis.. gile kelakar...  
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramainya pengurus.. tapi tak reti mengurus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2024 09:48 AM | Show all posts
Kamelia seround.....

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2024 11:10 PM | Show all posts
ultra78 replied at 15-3-2024 06:03 AM
Tak mengapa. Gaji itu habuan atas dunia sahaja. Bila kita kerja dengan ikhlas,kita dapat pahala besa ...

sembang macam bulu ketiak ko laku kan..


kahkahkahklah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.987775 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list