View: 21234|Reply: 30
|
[Tempatan]
Dua ditahan cuba halang penjawat awam bertugas depan Masjid Zahir UPDATE: Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara 15 hari serta denda RM3,500
[Copy link]
|
|
Edited by ReginaGeorge at 18-3-2024 05:55 PM
UPDATE: #15
ALOR SETAR: Polis menahan dua individu kerana terlibat dalam insiden pergaduhan dan disyaki menghalang penjawat awam yang sedang melaksanakan tugas di kawasan Dataran Medan Bandar, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, dalam kejadian jam 11.38 malam itu, seorang pembantu penguatkuasa Majlis Bandar Raya Alor Setar (MBAS) sedang membuat operasi sitaan peniaga di kawasan berkenaan.
Beliau berkata, kejadian itu tular di media sosial itu memperlihatkan dua individu terlibat dilihat menjerit-jerit terhadap penguatkuasa dan mencabar mereka untuk membuka uniform selain mengeluarkan perkataan kesat.
“Tindakan mereka seakan tidak mempedulikan bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang berkumandang dari Masjid Negeri Kedah, Masjid Zahir dan kegagalan mengawal emosi menyebabkan dua individu mengajak anggota penguatkuasa yang melakukan operasi sitaan itu bergaduh.
"Di dalam video itu terlihat tugas anggota MBAS itu dihalang oleh dua individu yang mencetuskan kekecohan dan pergelutan sebelum dapat dileraikan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menghalang penjawan awat yang menjalankan tugas," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Sementara itu, sumber MBAS memaklumkan, kawasan tersebut sememangnya menjadi kawasan larangan untuk sebarang aktiviti perniagaan.
"Terdapat papan tanda besar yang memaklumkan mengenai larangan tersebut di kawasan itu. Malah notis mengenainya telah dikeluarkan sejak 2022 termasuk di laman media sosial dan masih terpakai hingga kini.
"Laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu dengan siasatan terhadapnya sedang dijalankan oleh pihak berkuasa berkenaan," katanya.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02D6tVbaUXNqKjwVCgq4dnFwxYUtx3KaVdPLuFNvgWeuTUdAU4JY8bfKF6HasXdcUkl&id=100017386631555&mibextid=w8EBqM
Adie Sufian Zulkefli
Mac 16, 2024 09:15 MYT
Artikel ➡️ Astro Awani
#infosemasa
@infosemasaofficial |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"Saiya sini depan masjid sunway boleh niaga..suka Malezia..banyak baik sama kita bangla"-bangla bandar sunway la |
|
|
|
|
|
|
|
"Hang bukak baju..hang bukak baju.." itu aje yg aku faham dari video... |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 17-3-2024 06:35 PM
"Hang bukak baju..hang bukak baju.." itu aje yg aku faham dari video...
wow suruh bukak baju bulan puasa |
|
|
|
|
|
|
|
Kena tunjuk kat unhcr..baru boleh lepas...kihkig |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-3-2024 09:35 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
ultra78 replied at 17-3-2024 06:35 PM
"Hang bukak baju..hang bukak baju.." itu aje yg aku faham dari video...
Dari awal video sampai ke pengakhiran, asyiklah paksa org buka baju. Nak juga tgk dada org ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Muka2 busuk taktau malu meniaga di tempat yg diharamkan. Halal sgt ke rezeki tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-3-2024 04:41 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Carcosa replied at 18-3-2024 12:36 AM
Muka2 busuk taktau malu meniaga di tempat yg diharamkan. Halal sgt ke rezeki tu?
Halal tak halal belakang kira, yg penting dapat lagak samseng di bulan ramadan. Ni lah yg dikatakan mendada. |
|
|
|
|
|
|
|
Masjid zahir ini malam raya di penuhi beggars mahu ambil gambar masjid sudah tidak cantik... Cousin aku cakap depa ini semua rohinya... |
|
|
|
|
|
|
|
orang local ke atau foreigner ni? |
|
|
|
|
|
|
|
negeri kita org nak amik dahhhhhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
mcm bangang je
amik cekup masuk dlm lokap |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-3-2024 05:57 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara 15 hari serta denda RM3,500 di Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan pembantu penguat kuasa Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Khamis lalu.
Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Amirul Azmir Md Akhir, 33, bermula dari tarikh sabitan dan jika tertuduh gagal membayar denda, dia boleh dipenjara lapan bulan.
Dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam iaitu pembantu penguat kuasa MBAS daripada menjalankan kewajipannya, menyebabkan pergelutan berlaku dengan menendang dan mencampakkan bangku kecil kepada penguat kuasa.
Mohd Amirul Azmir didakwa melakukan kesalahan itu pada 11.38 malam di kawasan Dataran Alor Setar Lebuhraya Darulaman di sini pada 14 Mac lalu.
Sehubungan itu dia didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nasruna Anhar Nordien, manakala tertuduh diwakili peguam Zuriyah Mhd Nordin.- BERNAMA |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mujur negeri Pas, kalau negeri Dap....mau komen #$$*ק¥** habis keluaq
|
|
|
|
|
|
|
|
Dwdrum replied at 18-3-2024 07:49 AM
Masjid zahir ini malam raya di penuhi beggars mahu ambil gambar masjid sudah tidak cantik... Cousin ...
Eh jap rsnya tahun lps viral isu beggars di mlm raya
Ada thread jgk kt Cari ni
|
|
|
|
|
|
|
|
ReginaGeorge replied at 18-3-2024 05:57 PM
Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara 15 hari serta denda RM3,500 di Mahkamah Majistret hari ini ...
Kt post ni selain logo reply
Ada logo hadiah lah
Klu klik mmg uols dpt ape2 ke |
|
|
|
|
|
|
|
cara paling senang ialah susun 10 jari kemaafan minta ampun minta maaf selit kepala agung dua tiga keping masa kena sita tu. diorang tu manusia bukan robot. benda boleh kawtim. takkan la tu pun nak kena ajar.
tapi ialah ikut rasa binasa, ikut hati mati. emosi berlebihan punca kemudaratan berpanjangan.
|
|
|
|
|
|
|
|
sia-sia ada rekod jenayah dah |
|
|
|
|
|
|
| |
|