CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14131|Reply: 84

[Jenayah] Seorang Bayi Mati Dikelar Ibu

[Copy link]
Post time 17-3-2024 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by ReginaGeorge at 17-3-2024 04:14 PM

UPDATE: Kelar bayi: Jiran nampak ibu duduk bersila hadapan anak (post #13)

Ibu Berubah jadi pendiam sebelum kejadian (post #15)



Seorang bayi lelaki berusia satu setengah setahun maut dipercayai akibat dikelar ibunya di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang, Johor Bahru semalam.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari.
Katanya siasatan awal mendapati wanita berusia 32 tahun itu turut menghantar gambar mangsa yang berlumuran darah kepada suaminya menerusi WhatsApp.
"'Sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa turut dirampas di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan.
Kumar berkata mayat bayi terbabit dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk proses bedah siasat, manakala motif kejadian masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai diharapkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan kes," katanya.
Dia juga menambah permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dilakukan hari ini.

Sumber: Malaysia kini

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2024 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2024 02:56 PM | Show all posts

Tu pentingya hubungan baik antara keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Klu rapat dengan adik beradik, ada sahabat baik, ada jiran yang yg ambil berat.. adalah tempat meluah rasa. Dan itulah pentingya ambil tahu status mental diri sendiri dan pasangan. Kes meroyan ni bukan kes terpencil. Hampir setiap tahun berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
sedihnya...hrpnya baby tak sempat rasa sakit terus mati. byk darah
maknya tekanan apa laa agaknya gigih kelar siap ambil pic
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti geram dgn laki tp anak jadi mangsa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2024 03:01 PM | Show all posts
syamzana replied at 17-3-2024 02:59 PM
sedihnya...hrpnya baby tak sempat rasa sakit terus mati. byk darah
maknya tekanan apa laa agak ...

Rasanya sebelum dia kelar tu, mesti dah ugut kan? thats y dia amik gambar and hantar kat laki dia. Mesti gaduh nie..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2024 03:08 PM | Show all posts
kalau nak sangat bunuh..
kenapa tak pekup je muka dgn bantal..
tak pun ws laki kau bgtau ko dah tinggal kan dia sensorang..
ko g la berambus mana kau suka..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-3-2024 03:19 PM | Show all posts
monreyes replied at 17-3-2024 03:08 PM
kalau nak sangat bunuh..
kenapa tak pekup je muka dgn bantal..
tak pun ws laki kau bgtau ko dah ting ...

ingatkan u suggest tekup muka lalu menjerit lepaskan royanan ..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Meroyan la tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 03:45 PM | Show all posts
aku tgk kat ig td berita ni tapi sungguh x sanggup tgk gmbr and semua takde letak la gmbr kes ni

masuk forum... uwaaaaaaaaa.. ada gmbr, walaupun da tutup
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya allah, sian baby. Stress kot baby asyik nangis. Btw, bangsa apa yek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2024 04:01 PM | Show all posts
Edited by ReginaGeorge at 17-3-2024 04:07 PM

Kelar bayi: Jiran nampak ibu duduk bersila hadapan anak


Pasir Gudang : "Jiran saya ini seorang yang baik dan sering membawa anak tunggal mereka berjalan-jalan di lorong perumahan kami pada waktu petang," kata salah seorang jiran wanita yang disyaki mengelar bayi lelakinya, semalam.

Dia yang enggan dikenali mengetahui kejadian tragis itu kira-kira 1 tengah hari, selepas jiran lain meminta pertolongan.

"Sewaktu sampai di depan rumah jiran (suspek) saya nampak sekujur tubuh kanak-kanak dan darah di ruang tamu.

"Manakala ibunya pula duduk bersila dan terdiam di hadapan tubuh kecil itu.

"Saya terperanjat bila tiba di rumah itu dan beritahu suami mengenai kejadian yang berlaku. Tidak lama kemudian, polis tiba dan uruskan kes tersebut," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau yang sudah lama mengenali jiran (suspek) menyifatkan sebagai ibu yang baik dan ramah.

"Jiran saya itu (suspek) sering membawa keluar anaknya (mangsa) itu berjalan-jalan di sekitar kawasan lorong rumah kami.

"Saya memang trauma selepas melihat tubuh kanak-kanak itu, masih terbayang-bayang. Malam tadi pun tidak dapat tidur.

"Saya juga mempunyai dua orang anak, berusia sembilan dan empat tahun kerap bermain dengan anak mangsa yang dikelar itu," katanya.

Sementara itu, seorang lagi jiran memberitahu, sehari sebelum kejadian, keluarga kecil (ibu, bapa dan bayi) ada datang untuk memberi donat sebagai juadah berbuka puasa.

"Mereka sekeluarga sempat beri donat kepada kami sekeluarga dan jiran-jiran yang lain.

"Jiran saya itu 'okay' sahaja, bila jumpa dia akan tegur. Isterinya juga selalu dilihat membawa anaknya keluar berjalan-jalan," katanya yang memaklumkan tidak pernah melihat atau mendengar suara kanak-kanak menangis atau jirannya bertengkar di rumah terbabit.

Disiarkan pada: Mac 17, 2024 @ 1:37pm
Omar Ahmad
[email protected]

Artikel ➡ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2024 04:08 PM | Show all posts
chinta89 replied at 17-3-2024 03:45 PM
aku tgk kat ig td berita ni tapi sungguh x sanggup tgk gmbr and semua takde letak la gmbr kes ni

ma ...

Maaf chuols..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2024 04:15 PM | Show all posts
Ibu kelar bayi berubah pendiam sebelum kejadian


Pasir Gudang: Ibu kandung yang mengelar bayi lelaki berusia setahun enam bulan di sebuah kawasan perumahan, di sini, didakwa berubah sikap sejak beberapa hari lalu.

Ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, wanita berusia 32 tahun itu disedari lebih pendiam oleh suaminya beberapa hari sebelum kejadian tragis itu.

Menurutnya, seluruh ahli keluarga terkejut dengan kejadian ini dan tidak menyangka insiden ngeri ini berlaku terhadap mereka.

"Kami sendiri terkejut dengan kejadian itu kerana keadaan suami isteri ini memang normal, hubungan mereka baik-baik sahaja. Si isteri juga setahu saya tiada sakit.

"Mereka kerap pulang ke kampung halaman, hampir setiap minggu. Kali terakhir mereka pulang adalah pada awal Ramadan, sempat menyambut puasa bersama.

"Cuma suaminya ada beritahu isterinya menjadi pendiam beberapa hari sebelum kejadian, kurang bercakap," katanya ketika ditemui di kediaman keluarga terbabit, di sini, hari ini..

Menurutnya, suaminya juga memaklumkan dia risau untuk meninggalkan isterinya ketika pergi kerja disebabkan pada malam sebelum kejadian wanita terbabit dilihat hanya diam.

Katanya, mangsa yang juga anak tunggal adalah seorang yang aktif dan ceria.

"Mangsa baru pandai berjalan dan bercakap, memang tengah aktif bermain bersama sepupunya terutama apabila mereka pulang ke kampung halaman," katanya yang memaklumkan jenazah mangsa akan dikebumikan di Felda Redong, Segamat.

Difahamkan, pasangan itu berkenalan sejak di bangku sekolah sebelum mendirikan rumah tangga pada Disember 2021.

Terdahulu, Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar berkata, seorang wanita dipercayai mengelar bayi lelakinya dirumahnya pada 1.30 tengah hari semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek berusia 32 tahun menghantar gambar si mati yang berlumuran darah pada leher melalui aplikasi WhatApps kepada suaminya.

Wanita itu kemudian ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis turut merampas sebilah pisau di lokasi kejadian yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa.

Disiarkan pada: Mac 17, 2024 @ 12:46pm
Omar Ahmad
[email protected]

Artikel ➡ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2024 04:16 PM | Show all posts
amyza replied at 17-3-2024 03:56 PM
Ya allah, sian baby. Stress kot baby asyik nangis. Btw, bangsa apa yek?

"Mereka kerap pulang ke kampung halaman, hampir setiap minggu. Kali terakhir mereka pulang adalah pada awal Ramadan, sempat menyambut puasa bersama. Melayu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2024 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
sedih giler
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
ReginaGeorge replied at 17-3-2024 04:16 PM
"Mereka kerap pulang ke kampung halaman, hampir setiap minggu. Kali terakhir mereka pulang adalah  ...

melayu ke..ingt yindia
depression sbb laki curang ke apa ni..sedihnyaa..
kalau kes gini ank tgu mak kt pintu syurga jgj ke..kesian betul la..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg ada sejarah mental kot..husnozon ajala
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.095006 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list