View: 9559|Reply: 32
|
[Jenayah]
Takde Letak Bawang Ke Apa, Peniaga Nasi Lemak Scam Gantikan Sambal Dengan Sos Cili Kicap!
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
Pada awal minggu pertama Ramadan, ramai orang akan mengambil peluang untuk singgah bazar ramadan berhampiran untuk membeli juadah yang dijual.
Bagaimanapun, seorang gadis berasa kecewa selepas berasa ditipu dengan seorang peniaga nasi lemak.
Menerusi video dimuat naik TikTok @haeshwana, beliau menunjukkan sambal yang diberikan pada nasi lemak bukanlah ‘sambal’, sebaliknya ia adalah campuran Sos Cili Kicap dengan Sos Tiram.
“Saya tak faham. Bulan ini bulan Ramadan, sepatutnya pahala anda bertambah. Tapi tidak, macam ini anda jual, lepas itu buat tambah dosa sahaja.
“Sebab apa? Sebab semua orang marahkan makanan yang anda jual,” ujar gadis tersebut.
Hantaran video TikTok itu mendapat ribuan komen daripada warganet. Ramai tidak menyangka dalam plastik itu ‘sambal nasi lemak’.
Ada ingatkan ia adalah dodol cair, sambal sengkuang calit atau sos popia goreng sira.
Walaupun ramai netizen meminta gadis itu mendedahkan lokasi gerai terbabit, gadis itu enggan berbuat sedemikian kerana tidak mahu menjejaskan periuk nasi peniaga terbabit.
Namun ramai tidak bersetuju, ini kerana tindakan itu menyebabkan ramai peniaga tidak jujur terus berani untuk ‘menipu’ pelanggan.
Bagaimanapun ada memberikan pendapat mungkin peniaga ‘tertukar’ sambal nasi lemak dengan sambal dipercayai digunakan untuk nasi ayam atau nasi tomato.
Dalam pada itu ada mencadangkan, semasa membeli juadah di bazar ramadan, bolehlah bergambar dengan gerai.
Kemudian sekiranya makanan didapati rosak atau tidak lagi boleh dimakan, boleh datang semula ke gerai menunjukkan bukti untuk mendapatkan ganti rugi.
Di ruangan komen video itu juga, netizen turut mengulang-ulang ‘kata-kata hikmah’ tahun ini buat para peniaga bazar — “Tidak tahu masak tak mengapa, asalkan tidak meniaga di bazar ramadan”. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kartini mmg jual nasik kenak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Souled-out Hartamas lagi scam. Dia guna macam can sardines tomatoes sauce sebagai sambal just letak bawang saja. |
|
|
|
|
|
|
|
nasi lemak sambal kena kick
baru sedap makan
tambah plak ayam goreng panas2
|
|
|
|
|
|
|
|
Itu belum lagi telur campur tepung kunun telur dadar kunun |
|
|
|
|
|
|
|
kedai bapak lopa katanyehh
|
|
|
|
|
|
|
|
nasi lemak ni kalau nasi sedap sambal fail, mmg kerana nila setitik rosak susu sebelanga tauuu
sama la jgk, sambal sedap, nasi mcm nasi putih.. rosak susu sebelanga oiii |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah penjual nasi lemak itu bukan Malaysian? |
|
|
|
|
|
|
|
SUDAH SUDAHLAH LETAK GAMBAR BUKAN SEBENAR AS CLICK BAIT… geram pulak aku ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bukak puasa dengan nasi lemak? |
|
|
|
|
|
|
|
nasi lemak pakai nasi biasa baru lah sedap |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sorang budak kecik pun kena scam dgn mak dia... konon dpt makan nasi lemak tapi nasi lemak blend semua dgn kacang, ikan bilis, ayam, kicap dah rupa macam kesian kau nak... kena scam dgn mak sendiri
c.c. @serawadurian
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 17-3-2024 05:56 PM
Ada sorang budak kecik pun kena scam dgn mak dia... konon dpt makan nasi lemak tapi nasi lemak blend ...
Yg ni takpe la kot sb dia tak jual. Dia bg anak dia sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
_blackbird replied at 17-3-2024 04:09 PM
nasi lemak pakai nasi biasa baru lah sedap
Kalau guna basmathi..jenuh le rege kayangan |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 17-3-2024 06:16 PM
Yg ni takpe la kot sb dia tak jual. Dia bg anak dia sendiri.
iyolah ... omak eh ckp kat anak kena habiskan makanan sebegitu , penat mama masak , budak lain ramai tak dpt makan |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 17-3-2024 06:17 PM
Kalau guna basmathi..jenuh le rege kayangan
i suka nasi lemak basmathi pastu kukus plak kene dgn sambal pekat2 sikit
kat umah iols ni ada kedai jual nasi lemak basmathi kukus+ayam grg berempah rm8. nasi blh mkn 2org. berbaloi2 malangnya bulan pose mcm tak buka je.
nasi lemak beras biasa kene betul2 org pandai buat baru sedap. suka jenis nasi yg relai sebiji2 tu tp berlemak. jenuh lepas mkn usap perut |
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya sambal asal tak menjadi kot. Ganti dengan sos cili.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|