CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6203|Reply: 12

[Tempatan] LELAKI MUAT NAIK KOMEN BERBAUR PENGHINAAN TERHADAP KHALIMAH ALLAH

[Copy link]
Post time 18-3-2024 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by ReginaGeorge at 18-3-2024 09:17 AM

Lelaki muat naik komen berbaur penghinaan terhadap kalimah Allah dipanggil polis


KOTA KINABALU: Polis, di sini, sudah memanggil seorang lelaki yang dipercayai membuat komen berbaur penghinaan terhadap kalimah Allah, hari ini.

Lelaki terbabit yang menggunakan akaun Facebook bernama Ricky Shane CA dikesan memuat naik komen berbunyi ‘Allah d tapak kaki pun satu isu…mentality sampah’.

Komen berkenaan dimuat naik di bawah pautan berita dalam talian New Strait Times (NST)

mengenai stoking tertera kalimah Allah.


Sementara itu, orang ramai yang mengetahui identiti lelaki terbabit dilihat cuba mendapatkan suspek di kediamannya dipercayai untuk bertanya punca dia menulis komen yang menyakiti hati umat Islam itu.

Satu video yang menunjukkan sekumpulan individu menunggu suspek di luar pintu masuk ke lobi lif di sebuah kondominium yang menjadi tempat suspek tinggal di bandar raya ini turut viral di media sosial.

Pintu masuk ke lobi itu bagaimanapun dikawal pihak keselamatan, sebelum kumpulan terbabit bersurai apabila kelihatan suspek memasuki lif.

Dalam video itu juga kedengaran suara orang bercakap yang mengatakan bahawa dia tidak dapat menerima perbuatan suspek walaupun sudah meminta maaf.

Menerusi satu lagi hantaran di media sosial, suspek terbabit memuat naik permohonan maaf atas segala komen dan apa yang ditulisnya.

Beliau juga mengaku sebagai seorang mualaf yang masih perlu belajar banyak perkara berkaitan Islam.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian itu.

“Lelaki terbabit sudah dipanggil ke balai polis untuk pertanyaan awal.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998,” katanya. – Info X

March 17, 2024

Kredit ➡️ INFO X

#infosemasa
@infosemasaofficial

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2024 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Mualaf ape posting mcm tu

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 02:21 AM | Show all posts
Itu belum netijen tengok komen2 kat Low Yatt Forum. Haruslah majoriti kat situ dihukum rejam batu....

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 02:24 AM | Show all posts
bukan dekat TT ke dia minta maaf sambil kena kepung dengan geng melayu?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Membazir duit zakat je bagi kat Mualaf camni duit zakat .

Lepastu dia guna duit zakat tu untuk bayar bil internet, maki2 Allah dsbg.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 02:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Betulkah itu mualaf?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2024 05:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Alaf baru dah lama dah lepas, sekarang tengah tunggu Y2K38
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 06:11 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 18-3-2024 06:25 PM
Membazir duit zakat je bagi kat Mualaf camni duit zakat .

Lepastu dia guna duit zakat tu untuk baya ...

patut tragedi Sook Ching di filem-kan.
Jepun datang malaya di bunuhnya Cina ramai-ramai.
China ada Nanking
Tanah Melayu ada Sook Ching.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2024 06:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn bg muka.. kt negara sendiri pun x berani ajar org yg hina islam .. jauh sgt jati diri dan iman compare org palestin...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Geng lowyat n reddit pun byk puak mcm ni...tapi susah sikit la nak kenal pasti
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Menipu je mualaf. Posting 13feb tak mcm mualaf langsung. Mengaku mualaf sbb nk lepas tengkok sendiri je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 07:56 AM | Show all posts
Dah kena kutip baru nak mintak maaf...? Tipikal.
Harap kad OKU sedia membantu mesra.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 07:59 AM | Show all posts
Kultus kat Low Yatt tu apa dorang kesah.
Bak kata orang, kalau omaknya boleh dijual, dorang jual.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
Kesian nenek
maklukpenggodaKesian nenek
Views : 0 Replies : 0
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 8790 Replies : 330
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232053 Replies : 1826
Skandal 18 polis Indon, bikin malu
maklukpenggodaSkandal 18 polis Indon, bikin malu
Views : 90341 Replies : 38
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 42500 Replies : 1614
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 26050 Replies : 21
Bebas, selesa tanpa khemah biru
maklukpenggodaBebas, selesa tanpa khemah biru
Views : 8400 Replies : 1
Ha tepok!
maklukpenggodaHa tepok!
Views : 109349 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.272470 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list