CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4274|Reply: 20

[Tempatan] Empat beranak Tionghua berpuasa sepanjang Ramadan demi kesihatan

[Copy link]
Post time 19-3-2024 01:11 PM | Show all posts |Read mode
Empat beranak Tionghua berpuasa sepanjang Ramadan demi kesihatan

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1225345/empat-beranak-tionghua-berpuasa-sepanjang-ramadan-demi-kesihatan

Oleh Syaherah Mustafa - Mac 19, 2024 @ 12:47pm
bhnews@bh.com.my


Doria Yap, 55, (tengah) bersama dua daripada tiga anaknya, Saffron Kang, 32 (kiri) dan Evonne Kang, 28, (kanan) menunjukkan antara menu berbuka puasa yang diamalkan mereka setiap kali berpuasa di bulan Ramadan.

KOTA BHARU: Empat sekeluarga berketurunan Tionghua di sini, tidak kekok untuk berpuasa sepanjang Ramadan selepas mengetahui serta merasai sendiri manfaatnya kepada kesihatan tubuh badan.

Doria Yap, 55, bersama tiga anak perempuannya, Saffron Kang, 32; Evonne Kang, 28 dan Sharon Kang, 22, mengakui teruja setiap kali tiba Ramadan kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk turut melatih diri menahan lapar dan dahaga.

Katanya, dia mula berlatih berpuasa sejak Ramadan tahun lalu dan diteruskan sepanjang puasa kali ini sebaik merasakan tubuh badannya berasa lebih segar dan 'ringan' sepanjang berpuasa.

"Saya pun tidak menyangka kesemua anak saya turut sama berpuasa namun mengalu-alukan mereka untuk berbuat demikian kerana saya ada teman untuk lakukan bersama. Pada awalnya, ia agak mencabar kerana kami mudah berasa lapar dan haus namun sekarang kami seperti sudah terbiasa.

"Kami berempat akan bangun sahur seperti rakan Muslim yang lain selain berbuka tepat pada masanya sebaik azan Maghrib berkumandang. Biasanya, saya akan merujuk pembantu rumah warga Indonesia, yang juga beragama Islam tentang masa atau tips berpuasa.

"Tambahan pula, kami sekeluarga mengamalkan Vegetarian, jadi ia sedikit sebanyak membantu saya dan anak-anak untuk berpuasa," katanya ketika ditemui di premis perniagaannya di B Veggie Food dekat Jalan Sri Cemerlang, di sini, hari ini.

Mereka menghasilkan produk Vegetarian halal seperti budu, sambal udang, sambal belancan goreng, sambal caipo (lobak masin), sambal cili goreng, sambal belacan kunyit dan sambal OHM (cendawan kaki).

Doria mengakui, berpuasa bukan sahaja membantunya dalam aspek kesihatan fizikal tetapi juga kesihatan rohaniah dan kesihatan moral yang mendidik diri untuk lebih bersabar dalam setiap tindakan.

Sementara itu, Saffron berkata, pada awalnya agak sukar untuk dia bertahan berpuasa kerana diuji dengan rasa dahaga terutama apabila Ramadan berlangsung sepanjang musim panas atau kemarau.

"Namun, saya mengambil inisiatif menyibukkan diri di premis perniagaan makanan Vegetarian milik keluarga agar masa berlalu dengan cepat dan saya tidak akan berfikir untuk minum atau makan.

"Sama seperti pendapat ibu saya, puasa ini ternyata membuatkan tubuh berasa lebih sihat serta memberi ruang untuk mendapatkan berat badan yang lebih ideal. Waktu berbuka, kami turut memastikan makanan yang diambil adalah sihat dan dalam kuantiti sedikit supaya badan tidak berasa 'lemau'.

"Lebih teruja apabila saya mendapat galakan serta sokongan daripada rakan Melayu dan pengikut di laman sosial memandangkan kami empat beranak aktif membuat video atau 'live' untuk berniaga," katanya yang pernah mendapat tontonan video mencecah 4juta di laman sosial Facebook.

Saffron yang selesa berdialek Kelantan, berkata ada antara rakan yang sanggup datang berjumpanya menghulurkan makanan atau kuih-muih untuk berbuka sekali gus menaikkan lagi semangatnya untuk terus berpuasa.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2024 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus depa ni ..
ada masuk majalah tiga
Makan ulam ulam

Suka dgr saffron tu kecek kelate
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 02:50 PM | Show all posts
baguih la. lawa plak anak dia Evonne tu, mcm ada mix
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 02:56 PM | Show all posts
Banyak pulak cite SSKJP Edisi Cina di bulan Ramadan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 03:23 PM | Show all posts
nama saffron tu..dorang ni kristian ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Ahriman at 19-3-2024 04:11 PM

Comelnya tiga2.
Akak yang tengah umur 55.wow
Maknanya menjadilah diorng punya petua.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2024 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
vanillaninja replied at 19-3-2024 02:56 PM
Banyak pulak cite SSKJP Edisi Cina di bulan Ramadan.

Promosi chuols
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 04:22 PM | Show all posts
adelea replied at 19-3-2024 01:35 PM
Bagus depa ni ..
ada masuk majalah tiga
Makan ulam ulam

br prasan..yg msk majalah 3 ituhari..
ckp melayu kelantan pun fasih

tp mcm tak sesuai plak bila sebut kaum lain berpuasa
sdgkan puasa tu ada syarat2 sah tertentu
sdgkan org lain cuma tak mkn minum je..tu bkn puasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2024 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
suka tgok video2 diaorg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 12:46 AM | Show all posts
Ahriman replied at 19-3-2024 08:08 AM
Comelnya tiga2.
Akak yang tengah umur 55.wow
Maknanya menjadilah diorng punya petua.

i ingatkan yang tengah tu anak dia sharon kang tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
johan-adx replied at 19-3-2024 04:22 PM
br prasan..yg msk majalah 3 ituhari..
ckp melayu kelantan pun fasih


direct translation fast(ing) = (ber)puasa

apa kaum/agama pun buat
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak gi lah kat restoran dia nnt.


Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
I geram tgk deorg mkn petola muda cicah2 budu. Terasa nk try mkn nampak sedap amat
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 08:19 AM | Show all posts
kejadian kat KB? tapi beritanya indon?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 09:54 AM | Show all posts
suka tgk video dia psl mkn2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 09:58 AM | Show all posts
kepompong replied at 19-3-2024 09:35 AM
direct translation fast(ing) = (ber)puasa

apa kaum/agama pun buat

Betulah setengah kes orang nak pergi hospital pun dikenakan berpuasa. Memang berpuasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
vanillaninja replied at 19-3-2024 02:56 PM
Banyak pulak cite SSKJP Edisi Cina di bulan Ramadan.

Nak harap cina komeng,kingkong puasa??
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 10:02 AM | Show all posts
diorg ni, sehari boleh habis sebotol rasanya budu. sakan makan.
pernah la lalu video diorg ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 02:35 PM | Show all posts
Mereka menghasilkan produk Vegetarian halal seperti budu, sambal udang, sambal belancan goreng, sambal caipo (lobak masin), sambal cili goreng, sambal belacan kunyit dan sambal OHM (cendawan kaki).

Vegetarian apa makan udang?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 03:28 PM | Show all posts
kepompong replied at 20-3-2024 01:35 AM
direct translation fast(ing) = (ber)puasa

apa kaum/agama pun buat

Susah juga bila orang berfikiran puasa tu eklusif untuk orang islam melayu sampaikan nak fikirkan orang bukan islam berpuasa pun tak dapat pahala la bagai.  Semua tu ikut konteks orang melayu je.   

Kalau ikut ugama lain berpuasa pun ada juga rules nya ingat sesuka hati tahan makan dgn minum je kut.  Mcm hindu pun puasa, christian pun puasa, yahudi pun puasa, asalnya semua dari ancient religions pun.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.079614 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list