CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4296|Reply: 37

[Tempatan] Warga Bangladesh anjur iftar ala Dhaka bukan nak takluk masjid

[Copy link]
Post time 20-3-2024 09:18 AM | Show all posts |Read mode
Warga Bangladesh anjur iftar ala Dhaka bukan nak takluk masjid
Oleh MERAK JALANAN
20 Mac 2024 07:00am


Warga Bangladesh kumpul dana sendiri untuk sediakan juadah berbuka puasa yang dimasak secara bergotong-royong bagi dijamu kepada kira-kira 500 jemaah termasuk warga tempatan di Masjid Al-Azim Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan.



TAK semua orang kita senang dengan kehadiran warga asing di negara ini termasuk dari Bangladesh.

Yelah, bukan sekali dua lokasi berkumpul mereka dikenali 'Mini Dhaka' diserbu pihak berkuasa.

Contohnya di Jalang Silang, Kuala Lumpur.

Sudahlah ramai yang berstatus PATI, ada pula yang buat jenayah di situ.

Namun lain pula halnya di masjid di Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan.

Masjid itu bukan sahaja menjadi tumpuan warga Bangladesh, malah mereka dibenar menganjurkan majlis berbuka puasa setiap Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadan ini.

Merak Jalanan dengar mereka kumpul sendiri duit RM3,000 untuk beli bahan dan bergotong-royong memasak di rumah ibadah itu.

Ahad lepas mereka masak 80kg daging, 10kg ayam dan 50kg beras, cukup untuk 500 orang makan.

Ada hari mereka masak nasi beriani dan menu-menu lain.

Merak Jalanan tahu ada orang kita masih ragu-ragu dan kata warga asing dah makin besar kepala dan cuba takluk masjid pula.


Pemikiran itu mungkin ada asasnya, cuma dalam bulan puasa ini Merak Jalanan cuba lihat perkara baik-baik sahaja.

Dari satu segi mereka ini saudara seagama kita, sanggup tinggalkan keluarga untuk cari rezeki di sini.

Lagipun sudah tiga kali bulan Ramadan mereka buat majlis berbuka di masjid itu.

Mereka banyak mengimarahkan masjid.

Macam di Taman Semarak, jumlah jemaah tempatan solat tarawih ada sekitar 150 orang saja, tapi masjid penuh saf bila ada majlis berbuka anjuran mereka.

Khabarnya mereka juga sanggup dipotong gaji dan jalan kaki jauh-jauh ke masjid semata-mata nak solat Jumaat.

Ikut kata pengerusi masjid di Taman Semarak, sejak warga Bangladesh itu dibenar terlibat dalam aktiviti masjid, masalah sosial seperti minum, maksiat dan jenayah dapat dikawal di perumahan flat di sana.

Apa pun dalam bersangka baik, kita berpada-padalah juga.

Kalau yang datang itu PATI, takkan hendak dibiarkan saja tanpa apa-apa tindakan!- SINAR HARIAN

Single Polls, Total 12 Users voted

Count down: 261 Days6 Hours27 min.

Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 09:20 AM | Show all posts
diorg ni tau tak adab? kau berkunjung ke rumah org buat cara umah org. ni lebih2 plak
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam dunia ni islam hanya melayu dgn ereb kepujaan melayu saja.  Melainkan bamgla ni rupa derang cam scammer maula tu depa suka la buat apa dlm mesjid pun x pe kami sukaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 10:04 AM | Show all posts


kaya ....cukai tarak bayar, apa risau
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 10:07 AM | Show all posts
Dia orang nak buat baik di bulan puasa pun ada yang komplin.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 10:12 AM | Show all posts
amende la..islam bukan milik melayu je la...raikan je la drg..dorang rajin nak masak, warga temoatan pun dpt merasa sama.. tapi elok ajk tempatan supervise tang kebersihan masa memasak tu la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2024 10:13 AM | Show all posts
Tradisi Bangla itu memang patot dikekalkan di Malaysia guna memperkaya dan melengkapi tradisi warisan melayu yang sudah ada ?

Bukankah Malaysia nak mejadi A Trully Asia and Africa ....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 10:17 AM | Show all posts
Actually, sedap tau kari kambing Bangla ni
Ni ikut pengalaman aku makan berkali-kali masa buat Haji tahun lepas.
Kat Maktab TH tu, ada restoran Bangladesh.. aku suka kari kambing dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
suatu hari nanti
pastikan bercahaya
pintu akan terbuka
kita langkah bersama

di sutu kita lihat
bersinarlah hakikat
debu jadi permata
hina jadi mulia





http://youtu.be/a5_H4SUImGY
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2024 10:28 AM | Show all posts
dak_abu replied at 20-3-2024 10:17 AM
Actually, sedap tau kari kambing Bangla ni
Ni ikut pengalaman aku makan berkali-kali masa buat ...

tak kenal maka tak cinta..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 10:31 AM | Show all posts
bulan 3
ala xpelah mereka memenuhke masjid..org melayu xramai nk penuhkan masejik

bulan 4
KLCC dibanjiri bangla kelibat tempatan langsung hilang

bulan 5
peniaga semakin tersepit bangla monopoli perniagaan
bulan 8
melayu semakin layu xmampu halang gadis melayu diraba warga bangla malam merdeka


Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 12:59 PM | Show all posts
susahnya jadi bangla, buat majlis iftar pun kena kecam disyaki nak menjajah


Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin ni ala2 komuniti Malaysia di luar negara buat makan2 cara Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 20-3-2024 10:31 AM
bulan 3
ala xpelah mereka memenuhke masjid..org melayu xramai nk penuhkan masejik


"begitula..Melayu Msian...segalanya MUDAH LAGI MUDAH(LUPA)...walau pernah kena untuk kesekian kalinya...MALEZIA BOLEH ABANG!"-Abangla...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 20-3-2024 10:31 AM
bulan 3
ala xpelah mereka memenuhke masjid..org melayu xramai nk penuhkan masejik



......ulang lagi taun depan..dan taun berikutnya...dan lagi...dan lagi................
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangla aman2 solat jumaat kuthbah bahasa bangla di suatu tempat tersembunyi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
dak_abu replied at 20-3-2024 10:17 AM
Actually, sedap tau kari kambing Bangla ni
Ni ikut pengalaman aku makan berkali-kali masa buat ...

Aku pulak pernah rasa sup gear box diaorang..memang paddu..asalnya try sebab ambik hati jer,sekali dah try siap tambah lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 02:49 PM | Show all posts
dia buat tu utk kaum dia je ke...mmg xleh laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 02:55 PM | Show all posts
dorang beli bahan masak sendiri semua ke? mmg kebersihan sume ok ke? last soklan..takde bau bawang ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 20-3-2024 03:44 PM

sbb tu aku setuju je cadangan kjaan yg nk bagi kerja kat pelarian yg xde kerja..selain boleh elakkan dorg drpd jadi pmintak sedekah,atleast pelarian belanja duit tu dlm negara saja.ringgit x mengalir keluar..


Ni tak, dok import ramai2 bangla..kalo sorang hantar balik kg 4ribu..kalo 3juta org dah berapa bilion duit kita hilang sebulan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.068140 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list