View: 5232|Reply: 8
|
[Tempatan]
Cetus kekacauan di masjid, warga emas, Sofiah Abdul Majid, didakwa di mahkamah
[Copy link]
|
|
Cetus kekacauan di masjid, warga emas didakwa di mahkamah
https://www.freemalaysiatoday.co ... idakwa-di-mahkamah/
Predeep Nambiar
20 Mar 2024, 12:36 PM
Sofiah Abdul Majid diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret George Town hari ini.
Wanita itu tidak bersetuju dengan pertuduhan dikenakan terhadapnya dan menyifatkannya ‘pembohongan’.
GEORGE TOWN: Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan sengaja melukakan perasaan agama orang lain di Batu Ferringhi, Pulau Pinang, minggu lalu.
Sofiah Abdul Majid, 65, didakwa melakukan perbuatan itu di Masjid Jamek Ar-Rahman pada 10 malam 12 Mac lalu, mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menyifatkan bacaan imam dan bilal Masjid Jamek Ar-Rahman seperti “menyalak” dan membayangkan mereka “dirasuk hantu Cina atau Hindu”.
Ketika pendengaran pengakuannya, dia yang tidak diwakili peguam, melalui penterjemah berkata: “Semuanya bohong. Saya tidak faham pembohongan. Saya tidak setuju dengan pertuduhan itu. Bukan itu yang saya katakan, ia adalah rekaan.”
Majistret Nadratun Naim Saidi memerintahkan Sofiah menjalani pemerhatian di Hospital Ulu Kinta selama sebulan dan menetapkan sebutan semula kes pada 19 April ini.
Minggu lalu, beberapa video tular menunjukkan seorang wanita memasuki ruang solat lelaki di masjid dan memberitahu seorang jemaah mengenai suara bacaan bilal serta imam terlalu kuat sehingga mengganggu kejiranan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Muslim rupanya.
tk sehat gamaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sofiah abdul majid?
|
|
|
|
|
|
|
|
moga dpt hukuman yg setimpal. sebab melayu muslim. kalau yg non muslim boleh ambik masa lama sikit buat kajian. |
|
|
|
|
|
|
|
bulalof replied at 20-3-2024 02:07 PM
moga dpt hukuman yg setimpal. sebab melayu muslim. kalau yg non muslim boleh ambik masa lama sikit b ...
haippp |
|
|
|
|
|
|
|
macam pelaq ..kalo aku ada situ lama dah kaki aku ni naik atas muka dia ..baru kenal syurga neraka .. |
|
|
|
|
|
|
|
kerunai replied at 20-3-2024 02:25 PM
macam pelaq ..kalo aku ada situ lama dah kaki aku ni naik atas muka dia ..baru kenal syurga neraka . ...
Org tu ada mental illness, ikutkan dia tu ahli syurga.... Tindakan yg dia buat bkn ujian buat dia, tp ujian Allah pada kita yg sihat mental ni bagaimana kita respond insiden mcm ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Loh! Muslim ka rupanya! |
|
|
|
|
|
|
|
bagus komen ni. betul apa hang cakap. tgk rupa dia pun nampak dia ada masalah mental.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|