CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6606|Reply: 0

[Tempatan] Insentif kewangan kepada pengeluar gula adalah langkah sementara, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

[Copy link]
Post time 20-3-2024 02:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 20-3-2024 06:40 AM

Insentif kewangan kepada pengeluar gula langkah sementara

https://www.bharian.com.my/berit ... a-langkah-sementara

Oleh Rohaniza Idris - Mac 20, 2024 @ 2:35pm
roha@bh.com.my


KUALA LUMPUR: Pemberian insentif kewangan kepada pengeluar gula yang dilaksanakan ketika ini adalah langkah sementara, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata, langkah itu dilaksanakan bagi memastikan kelangsungan bekalan dan harga gula kekal untuk pengguna.

"Ia juga dilaksanakan dengan mengambil kira harga gula global yang menyebabkan kerugian besar kepada pengeluar tempatan ketika ini," katanya menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2023) 2024 dan usul anggaran perbelanjaan Pembangunan Tambahan pertama 2023, di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab isu dibangkitkan Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) mengenai keputusan kerajaan memberikan insentif bulanan sebanyak RM1,000 setiap tan untuk gula kasar (CGS) bagi pek satu dan dua kilogram serta gula halus pek satu kilogram.

Dilaporkan insentif gula pasir kasar dan gula pasir halus masih berterusan sehingga kerajaan membuat semakan semula mekanisme kenaikan harga yang dijangka berlaku separuh kedua 2024.

Untuk rekod harga runcit gula di Malaysia ketika ini bukan saja antara yang terendah di ASEAN tetapi juga di peringkat global pada RM2.85 sekilogram.

Harga itu jauh lebih rendah berbanding negara jiran yang lain seperti Indonesia (RM5.74), Filipina (RM8.53), Singapura (RM7.34) dan Thailand (RM3.91).

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.401006 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list