CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10031|Reply: 5

[Tempatan] Didakwa beri bonus RM400,000 kepada diri sendiri tanpa kelulusan syarikat

[Copy link]
Post time 20-3-2024 02:54 PM | Show all posts |Read mode
Didakwa beri bonus RM400,000 kepada diri sendiri tanpa kelulusan syarikat

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kelulusan-syarikat

BERNAMA

Disiarkan pada: Mac 20, 2024 @ 2:16pm


Bekas pengarah sebuah syarikat dan isterinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan memberikan bonus RM400,000 untuk diri mereka sendiri tanpa kelulusan mesyuarat agung syarikat, enam tahun lepas. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Bekas pengarah sebuah syarikat dan isterinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memberikan bonus RM400,000 untuk diri mereka sendiri tanpa kelulusan mesyuarat agung syarikat, enam tahun lalu.

Teo Tzi Sin, 48, dan Wong Poh Wah, 49, sebagai Pengarah Syarikat Sea Tackle Sdn Bhd didakwa menggunakan kedudukan mereka sebagai pengarah syarikat itu, dengan memberikan harta syarikat iaitu masing-masing RM200,000 sebagai bonus kepada diri mereka tanpa kelulusan mesyuarat agung syarikat untuk mendapat manfaat secara langsung kepada mereka.

Pasangan suami isteri itu dituduh melakukan kesalahan itu di syarikat Sea Tackle Sdn Bhd, Wangsa Maju, di sini pada 30 Jan 2018.

Pertuduhan mengikut Seksyen 218(1)(c) Akta Syarikat 2016 (Akta 777) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 218(2) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Norina Zainol Abidin menetapkan 13 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia Amir Sharifuddin Hashim manakala pasangan suami isteri itu diwakili peguam Ong Wen Li.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Org kata kaya dan pandai berniaga rupanya..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 20-3-2024 07:38 PM

apa yg susahnya dia bayor yuran pibg anak,derma kt sekolah ank...bonus dia jer...bapa b40  kena keja...22 taun...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 03:25 PM | Show all posts
kalau dia director mmg x boleh ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 06:26 PM | Show all posts
ni rasanya management semua keluarga sedara sepupu sepapat sendiri... walaupun tu hak dia (tak pasti berapa %milikan company) tapi cara dia buat tu tak ikut jalan betul, tu pasal jadi gini.....bab duit/company family tu boleh jadi hal ke 3... serem....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Pekerja kerja cam lembu nak mapus kerja hari2, atasan dan famili kaut keuntungan berlebihan buy kereta rumah travel mewah, pekerja x mampu berbelanja memberi kesan kpd peniaga pengilang petani, hujung2 perniagaan katup kilang tutup petani tanam utk mkn sendiri
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.064984 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list