CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10729|Reply: 5

[Tempatan] Pemimpin Pemuda Umno Johor akan didakwa atas tuduhan serangan seksual terhadap beberapa remaja lelaki

[Copy link]
Post time 20-3-2024 03:06 PM | Show all posts |Read mode
Pemimpin Pemuda Umno Johor akan didakwa atas tuduhan serangan seksual

https://www.malaysiakini.com/news/700038

Hariz Mohd & Alyaa Alhadjri
Diterbitkan:  Mar 20, 2024 2:51 PM⋅
Dikemaskini: 2:56 PM



Seorang ketua Pemuda Umno Johor dijangka didakwa di mahkamah esok atas dakwaan melakukan serangan seksual terhadap beberapa remaja lelaki.

Sekurang-kurangnya enam remaja lelaki dikatakan menjadi mangsa dalam kes itu.

Semalam, pada mulanya dilaporkan bahawa suspek telah ditahan pada Isnin selepas laporan polis dibuat yang menuduhnya melakukan serangan seksual terhadap seorang remaja lelaki.

Polis kemudian memberitahu bahawa terdapat dua mangsa, kedua-duanya kini berusia sekitar 15 tahun.

Bagaimanapun, empat lagi remaja tampil membuat laporan polis mendakwa diliwat oleh ahli politik itu.

Ketua Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Siti Kamsiah Hassan mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

“Setakat ini polis telah menerima sebanyak lima kes (terhadap suspek),” katanya menerusi pesanan ringkas.

Satu daripada kes itu dipercayai melibatkan dua beradik yang membuat laporan bersama semalam selepas digesa bapa mereka.

Difahamkan pihak berkuasa bercadang untuk mendakwa suspek dalam salah satu kes esok.

Ketua Polis Daerah Mersing Abdul Razak Abdullah Sani berkata pihaknya menjangkakan untuk mengemukakan kertas siasatan ke pejabat pendakwaan lewat hari ini.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut.

“Siasatan masih dijalankan. Dijangka ada kenyataan media lewat petang ini,” katanya.

Malaysiakini mendapat pengesahan bahawa suspek adalah seorang ketua Pemuda Umno di salah sebuah bahagian di Johor. Identitinya dirahsiakan kerana dia masih belum didakwa di mahkamah.

Menurut salinan laporan polis yang tular di media sosial, suspek aktif dalam program kesukarelawanan dan NGO.

Dia dikatakan kerap membawa remaja terbabit menyertai aktiviti tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 03:08 PM | Show all posts
si nurdana ke?tapi heshe tua2 masih jadi pemuda ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Gayah pedo?


Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Apabila penyamun hoyahoi berkawan dengan peliwat, penyamun yg straight pun lama2 jadi kaki liwat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 03:57 PM | Show all posts
pensokong PH sayaaaaaaaaang sangat dengan umno sekarang ni

kalau dulu2, dah berdozen dah meme disebarkan untuk memerah isu ini sebagai bahan hasutan
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa kah ittew?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.056606 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list