CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10036|Reply: 9

[Tempatan] Lelaki mengaku tak salah dakwaan suruh budak 6 tahun gigit kemaluan

  [Copy link]
Post time 20-3-2024 03:37 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki mengaku tak salah dakwaan suruh budak 6 tahun gigit kemaluan
Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Mac 20, 2024 @ 3:25pm
bhnews@bh.com.my


Hafiz Aznan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal membabitkan kanak-kanak berusia enam tahun Ogos tahun lalu. - NSTP/AMINAH YUSOF


BALIK PULAU: Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan kes amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan pada Ogos tahun lalu.

Mohamad Hafiz Aznan, 30, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim, Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki terbabit didakwa menyuruh kanak-kanak berkenaan yang ketika itu berusia enam tahun menggigit kemaluannya.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah pondok pengawal di Taman Saujana Damai di Bayan Lepas pada 25 Ogos 2023, kira-kira jam 6.20 petang.

Pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Jin Hong, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Semasa prosiding, Jin Hong tidak menawarkan sebarang kadar jaminan terhadap tertuduh memandangkan kesalahan terbabit tidak boleh dijamin.

Mahkamah menetapkan 6 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2024 03:38 PM | Show all posts
Disgusting. Tengok muka heols ni pun rasa nak pijak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh babinya!!! Ini la akibatnya kalau pemimpin no 1 negara bekas banduan jenayah seksual.... Menjadi suri tauladan kepada ummah
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 03:39 PM | Show all posts
Bagi anjing rotweiler gigit btg hang lepasni. Haram jadah punya manusia
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 03:39 PM | Show all posts
sampah masyarakat, bahaya dibenarkan hidup
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 09:20 PM | Show all posts
euuuuwh pedophilia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2024 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Pulau jerejak perlu diwujudkan semula. Org mcm ni hntr je kat pulau jerejak. At the same time ltk la 2,3 harimau kat pulau tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Jijik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2024 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 20-3-2024 10:48 PM
Pulau jerejak perlu diwujudkan semula. Org mcm ni hntr je kat pulau jerejak. At the same time ltk la ...

Mcm citer ballerina vampire tapi ganti dgn rimau dan pulau..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2024 09:41 AM | Show all posts
Takde set mcm set kelly yang sebok kata, "kenapa tak tutup muka, adakah sebab melayu?"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.626560 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list