CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12379|Reply: 0

[Sarawak] JPJ saman empat lori balak bawa muatan lebih had

[Copy link]
Post time 20-3-2024 08:54 PM | Show all posts |Read mode


Empat buah lori balak yang membawa muatan kayu balak ditahan dalam rondaan operasi kenderaan barangan di Jalan Tunku Abdul Rahman di Sibu, pada Selasa.

SIBU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sibu menahan empat buah lori balak yang membawa muatan kayu balak semasa dalam rondaan operasi kenderaan barangan di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, pada Selasa.

Ketua Cawangan Mohamad Faizal David Jemat, berkata lori berkenaan ditahan kerana disyaki membawa muatan melebihi had dibenarkan seperti mana ditetapkan dalam Lesen Pembawa dikeluarkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

"Kesemua lori berkenaan kemudiannya diarah ke pekarangan JPJ Sibu untuk ditimbang menggunakan timbang mudah alih bagi menentukan jumlah berat keseluruhan muatan yang dibawa.

"Selepas ditimbang mendapati peratusan lebih muatan antara 59.05 hingga 86.90 peratus daripada had yang dibenarkan," ujarnya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Faizal berkata, berikutan itu saman telah dikeluarkan ke atas pemandu atas kesalahan gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan dalam Lesen Pembawa di bawah Seksyen 19(1)(b)(vi) Akta Pelesenan Kenderaan Perdagangan (ALPKP) 1987 dan melakukan kesalahan serta boleh didenda di bawah Seksyen 19(3) akta sama.

Menurutnya, Seksyen 19(3) membawa hukuman denda tidak kurang RM1,000 tetapi tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.  

Beliau berkata, JPJ akan menghadapkan kesemua pemandu tersebut ke mahkamah dalam tempoh terdekat.

"Jabatan memang memandang serius lori-lori yang membawa muatan melebihi had dibenarkan dan secara bahaya kerana bukan setakat membahayakan keselamatan pengguna-pengguna jalan raya lain malah boleh menyebabkan kerosakan jalan raya," tegasnya.

Beliau berkata, operasi untuk mengesan lori-lori yang membawa muatan berlebihan dan secara bahaya di daerah ini akan sentiasa dilaksanakan secara berterusan.

Sehubungan itu, beliau menggesa pengusaha-pengusaha lori juga turut bersama-sama mengambil tanggungjawab dengan tidak membawa muatan berlebihan demi mengelakkan berlakunya kerosakan jalan raya serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya yang lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.074643 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list