CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13219|Reply: 0

[Sarawak] Mangsa kebakaran Kampung Limpasong terima rumah baharu

[Copy link]
Post time 20-3-2024 08:56 PM | Show all posts |Read mode


Paulus (enam kiri) menyerahkan kunci sebagai simbolik penyerahan Rumah Bantuan Ihsan Kebakaran kepada Zainun sambil disaksikan Firhan (lima kiri) dan Mary (tiga kanan) di Kampung Limpasong, Limbang hari ini.

LIMBANG: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) meluluskan pembinaan sebuah rumah di bawah Bantuan Ihsan Kebakaran bagi meringankan beban mangsa kebakaran di Kampung Limpasong dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang berkata, bantuan rumah itu amat diperlukan mangsa kebakaran yang mengalami kehilangan harta benda dalam insiden tersebut.

Bantuan Rumah di bawah Bantuan Ihsan Kebakaran itu diserahkan kepada ibu tunggal empat anak Zainun Injan, 60-an, yang tinggal sehelai sepinggang dalam insiden kebakaran yang meranapkan rumahnya pada 2021.

“JPBNS telah meluluskan pembinaan sebuah rumah yang kita serahkan kepada mangsa kebakaran pada hari ini.

"Kita berterima kasih kepada JPBD dan JPBB yang telah mengemukakan permohonan kepada JPBNS untuk meluluskan pembinaan sebuah rumah bagi membantu mangsa  kebakaran yang berlaku pada 2021,” katanya ketika ditemui media pada Program Simbolik Penyerahan Rumah Bantuan Ihsan Kebakaran di Kampung  Limpasong di sini, hari ini.

Turut hadir ialah isteri Paulus Datin Mary Sindang dan wakil Pegawai Daerah Limbang Muhamad Firhan Iskandar Goh.

Paulus berkata lagi, dengan adanya rumah baharu itu ia akan memberi keselesaan kepada Zainun dan anak-anak.

Sebelum ini katanya, Zainun menetap sementara di rumah salah seorang anaknya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.230463 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list