CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13777|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak akan terus jalin kerjasama dengan Kalimantan

[Copy link]
Post time 20-3-2024 08:57 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Sumbangsih Raya 2024 di Wisma Bapa Malaysia, hari ini. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Sarawak akan terus menjalin kerjasama dengan Kalimantan, Indonesia termasuk dalam bidang eksport dan import barangan, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, Sarawak buat masa ini sudah banyak mempunyai kerjasama dengan negara jiran itu, sama ada di Kalimantan Barat mahupun Kalimantan Timur termasuk dalam pembangunan hidro.

“Selain tenaga, kita juga dimaklumkan KADIN (Dewan Perdagangan dan Perindustrian Indonesia) di Kalimantan telah mengadakan mesyuarat dengan Sarawak menerusi DUBS (Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak) dan Dewan Perdagangan dan Perindustrian Sarawak untuk meneroka bidang lain.

“Ini termasuk eksport barangan kita dan import barangan dari Kalimantan dan kerjasama ini sudah ada.

“Sebenarnya, kita sudah ada jalinan kerjasama antara Indonesia, bahkan banyak syarikat kita di Sarawak sudah menjalankan perniagaan di Kalimantan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2024 yang dihadiri isterinya Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang dan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.



Abang Johari menyampaikan Sumbangsih Raya 2024 kepada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Datu Khirudin Drahman (tiga kanan) sambil disaksikan Juma’ani (lima kiri), Fatimah (empat kiri) serta yang lain pada Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2024 di Wisma Bapa Malaysia, hari ini. - Gambar Roystein Emmor

Tambah Abang Johari, sebelum ini kebanyakan kerjasama antara Sarawak dan Indonesia tertumpu di Kalimantan Barat memandangkan ia lebih dekat dengan negeri ini.

Malah ujarnya, apabila sempadan antara Indonesia dibuka dan penerbangan terus Kuching-Pontianak serta Pontianak-Kuching telah diluluskan, ia membuka lebih banyak peluang kerjasama antara kedua-dua, Sarawak dan Indonesia.

“Mengenai Nusantara (ibu kota baharu Indonesia) di Kalimantan Timur, memang kita sudah ada kerjasama dari segi bantuan untuk membangunkan Nusantara, khasnya Kalimantan Selatan dan Timur.

“Sebab itu, SEB (Sarawak Energy Berhad) telah melabur janakuasa Malinau di Kalimantan di mana kita mempunyai pegangan saham 25 peratus dalam pembangunan hidro.

“Ini akan menjana tenaga kepada Kalimantan dan terdapat juga cadangan pihak Indonesia akan mengembangkan lagi pembangunan hidro ini,” katanya.

Abang Johari berkata, Sarawak komited melaksanakan pembangunan di Nusantara meskipun sudah mempunyai pelaburan 25 peratus pegangan dalam pembangunan hidro di sana.

Beliau mengulas kenyataan Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin yang menggalakkan syarikat Malaysia mengambil peluang daripada prospek pelaburan di wilayah Kalimantan Timur, terutamanya di Samarinda dan Balikpapan berhampiran dengan ibu kota baharu Nusantara (IKN) yang akan datang.

"Terdapat banyak peluang untuk syarikat-syarikat Malaysia menyumbang kepada pembangunan IKN, seperti menyediakan bahan-bahan binaan," kata beliau kepada BERNAMA ketika mengetuai delegasi dari kedutaan di Jakarta dan konsulat di Pontianak, di sini.

Duta itu berada di Pontianak dalam lawatan kerja tiga hari dan beliau berhasrat untuk meneroka peluang bagi mengukuhkan kerjasama ekonomi dan hubungan persahabatan di antara Malaysia dan Indonesia dalam rangka kerja ASEAN.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.065077 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list