CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13715|Reply: 0

[Sarawak] 66 individu hadiri temu duga dapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia

[Copy link]
Post time 20-3-2024 08:58 PM | Show all posts |Read mode


Sekitar suasana sesi temu duga untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia yang diadakan di Kampung Kuhum Mawang, Tebedu semalam. - Gambar UKAS

KUCHING: Sejumlah 66 individu hadir ke sesi temu duga untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia yang diadakan di Kampung Kuhum Mawang, Tebedu, pada Selasa.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), program selama dua hari tersebut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk kampung dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tarat dan DUN Tebedu.

Menurutnya, program pengoperasian tugasan khas itu dilaksanakan oleh pihak Unit Keselamatan, Pemantauan Sarawak (UKPS), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersama Pejabat Daerah Tebedu.

Pegawai Daerah Tebedu Joseph Liaw berkata, objektif program itu adalah untuk memberi taraf kerakyatan atau kewarganegaraan kepada mana-mana individu yang belum mempunyai pengenalan diri tetapi telah menetap malah berkahwin di Sarawak selama berpuluh tahun lepas.

Jelasnya, peserta yang hadir sebelum itu diterima untuk menjadi warganegara Malaysia sah kemudiannya perlu menjalani temu duga atau melalui penapisan terlebih dahulu oleh pihak JPN.

Untuk makluman, program yang sama turut akan diadakan di Kampung Bunan Gega di bawah DUN Kedup pada Rabu dan di kampung Batu Bedang pada Khamis ini.

Hadir sama, Penghulu Donny Achan, Penghulu Gaup Takip dan ketua-ketua kampung dari kawasan berdekatan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.060049 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list