CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16769|Reply: 0

[Sarawak] RIB 2024 perkasa usaha memerangi rabies

[Copy link]
Post time 20-3-2024 09:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 20-3-2024 01:26 PM

Orang ramai digalak hadir ke persidangan Rabies in Borneo 2024 di Hotel Imperial Kuching, 30 Sept-1 Oktober



“Empat bahagian tersebut adalah Kuching, Samarahan, Serian dan Bintulu sementara 35 kawasan itu merangkumi Sri Aman (6), Betong (3), Sarikei (5), Sibu (3), Kapit (1), Mukah (6), Miri (9) dan Limbang (2).”
Datu Dr Adrian Susin Ambud
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak

KUCHING: Orang ramai digalakkan hadir ke persidangan Rabies in Borneo 2024 (RIB 2024) yang akan diadakan di Hotel Imperial Kuching dari 30 September hingga 1 Oktober nanti dalam membantu memperkasakan usaha memerangi rabies di Sarawak.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Datu Dr Adrian Susin Ambud berkata, ia susulan wabak rabies dilihat semakin membimbangkan di negeri ini.

Menurut beliau, sejumlah empat bahagian (35 kawasan) di Sarawak telah diisytiharkan sebagai kawasan jangkitan rabies setakat 4 Mac 2024.

“Empat bahagian tersebut adalah Kuching, Samarahan, Serian dan Bintulu sementara 35 kawasan itu merangkumi Sri Aman (6), Betong (3), Sarikei (5), Sibu (3), Kapit (1), Mukah (6), Miri (9) dan Limbang (2).

“Justeru, kita memerlukan usaha kolektif untuk mencegah rabies daripada terus merebak,” ujarnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Place Borneo Mona Abdul Manap berkata, statistik menunjukkan sebanyak 123 haiwan telah diuji positif rabies setakat 4 Mac 2024.

Angka ini katanya, tidak menunjukkan sebarang penurunan membabitkan kes rabies di negeri ini.

“Sehubungan itu, RIB 2024 akan terus menjadi platform penting dan menerusinya pakar serta pihak berkepentingan berkumpul untuk menangani cabaran berterusan yang ditimbulkan oleh penyakit maut ini.

“Kita melihat nilai persidangan ini, ia bakal diteruskan jika isu ini masih menjadi ancaman kepada komuniti kita,” katanya.

Dengan tema ‘Bersama Menentang Rabies: Melindungi Haiwan, Menguatkuasakan Undang-undang, Melibatkan Komuniti’, acara penting ini bertujuan mengumpulkan pakar tempatan dan antarabangsa, selain melibatkan diri dengan komuniti yang terjejas oleh rabies dalam usaha kolektif untuk memerangi dan menghapuskan rabies di Sarawak.

RIB 2024 dianjurkan oleh Place Borneo Sdn Bhd bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak dan disokong oleh Business Events Sarawak.

Harga awal yang bermula dari 20 Mac hingga 31 Mei 2024 adalah RM500 bagi setiap perwakilan dan selepas itu harga biasa ialah RM680.

Pelajar juga digalakkan untuk mengambil bahagian dan yuran yang dikenakan ialah RM100 bagi setiap pelajar.

RIB 2024 juga menyeru penaja dan pempamer untuk meningkatkan jangkauan acara ini, selain mempelawa agensi, organisasi dan pihak berkepentingan yang berkaitan mengambil bahagian secara aktif dan menyumbang kepada usaha kolektif dalam membasmi rabies di Sarawak.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang kemas kini, layari www.rabiesinborneo.com dan ikuti RIB 2024 di Facebook.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 1.136057 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list