CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16124|Reply: 0

[Sarawak] MPP sedia perkhidmatan kontena RoRo mulai 26 Mac hingga 9 April

[Copy link]
Post time 20-3-2024 09:28 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) akan menyediakan perkhidmatan kontena RoRo (Roll on Roll off) bermula 26 Mac hingga 9 April 2024 di beberapa lokasi di sekitar bandar raya ini.

Menurut satu kenyataan hari ini, kontena RoRo itu disediakan bagi memudahkan orang awam yang ingin membuat pembersihan menyeluruh sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Untuk kawasan Taman Malihah, kontena untuk pembuangan sampah jenis RoRo itu akan diletakkan di belakang H&L Malihah sementara di RPR Batu Kawa adalah di Tempat Parkir Shoplot Lorong 28 RPR Batu Kawa dan bagi Taman Matang Jaya, di belakang Matang Mall.

Selain itu, kontena RoRo akan diletakkan di kawasan komersial atau lot kedai Landeh bagi penduduk yang tinggal di sekitar kampung mahupun Taman Landeh.

Lokasi lain bagi kontena RoRo adalah di Desa Wira/Kuching City Mall (Tempat Parkir Shoplot Lorong Kuching City Mall 1A), Taman Flora Indah (pusat tong sampah), Taman Sri Cahaya, Tondong Batu Kawa, Kampung Telaga Air (pusat tong sampah) dan Flat Taman Harmoni Matang.

MPP dalam pada itu mengingatkan para penduduk yang menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk memastikan kebersihan kawasan kejiranan terjaga serta membuang sisa-sisa besar ke dalam kontena RoRo yang telah disediakan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.060285 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list