CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17721|Reply: 0

[Sarawak] Lapan wanita Indonesia disyaki bekerja sebagai GRO ditahan di Sri Aman

[Copy link]
Post time 20-3-2024 09:29 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seramai lapan wanita warganegara Indonesia diberkas kerana disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah kelab malam di Sri Aman pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mathew Manggie (gambar) berkata, kesemua yang ditahan berusia 17 hingga 27 tahun didapati gagal menunjukkan dokumen yang sah dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) semasa pemeriksaan dilakukan pada jam 10.30 malam.

Menurutnya, operasi di bawah Ops Noda tersebut dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman.

"Semasa pemeriksaan dilakukan, didapati terdapat lapan wanita Indonesia yang disyaki sedang bekerja sebagai pelayan pelanggan.

"Siasatan lanjut juga mendapati kesemua wanita terbabit tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan disyaki bekerja tanpa permit yang sah daripada JIM," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kesemua wanita terbabit ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63.

"Selain itu, seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun turut ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan menggaji pekerja asing tanpa permit yang sah untuk bekerja," kata lagi.

Sementara itu, tujuh lelaki warga tempatan dipercayai pelanggan di premis tersebut turut ditahan untuk membantu siasatan.

"Kesemua tujuh lelaki tersebut dibebaskan setelah selesai dokumentasi," katanya sambil menambah, kesemua tangkapan telah dibawa ke IPD Sri Aman untuk siasatan lanjut.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.052485 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list