CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5942|Reply: 1

[Tempatan] Risiko PKR ‘bungkus’ di Sabah, 15 ketua bahagian mahu jumpa Anwar Ibrahim

[Copy link]
Post time 21-3-2024 08:34 AM | Show all posts |Read mode
Risiko PKR ‘bungkus’ di Sabah, 15 ketua bahagian mahu jumpa Anwar

https://www.freemalaysiatoday.co ... n-mahu-jumpa-anwar/

Faiz Zainudin
21 Mar 2024, 08:30 AM


Seramai 15 ketua bahagian PKR Sabah bersiap sedia bertemu Presiden Anwar Ibrahim untuk memberi perincian alasan penolakan terhadap Ketua PKR negeri Sangkar Rasam.

Seorang pemimpin akar umbi tidak mahu ketua PKR Sabah yang ‘tiada kepimpinan’ mengakibatkan prestasi parti menjunam menjelang PRN Sabah.

PETALING JAYA: Risiko PKR “bungkus” pada PRN Sabah jika ketua negeri tidak ditukar antara alasan penolakan terhadap Sangkar Rasam, menurut seorang pemimpin tempatan.

Ketua bahagian yang enggan dikenali berkata, justeru 15 ketua bahagian Sabah berhasrat mengadakan pertemuan dengan Presiden Anwar Ibrahim, bagi memberi penjelasan terperinci alasan mahu Sangkar disingkirkan.

Katanya, mereka mahu berbuat demikian sebelum Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mengadakan mesyuarat membincangkan kemelut politik Sabah, pada Ahad.

“Sebolehnya kami mahu jumpa presiden untuk menjelaskan secara terperinci kenapa perlu ganti Sangkar,” katanya kepada FMT.

Mengulas tindakan Sangkar menolak gesaan meletak jawatan, pemimpin itu berkata PKR berdepan risiko hilang dua kerusi tradisi, DUN Inanam dan Api-Api jika pucuk pimpinan utama tidak diganti.

“Keengganan Sangkar letak jawatan risiko akan menanti iaitu PKR akan bungkus dalam PRN akan datang, termasuk DUN Inanam dan Api-Api, kelemahan ketara pada Sangkar ialah hubungannya dengan kerajaan negeri tidak ada.

“Beliau tidak ada kepimpinan langsung, hubungan dengan ketua-ketua bahagian tidak baik kerana beliau mungkir janji membantu sekiranya menjadi pengerusi negeri, hanya ketua bahagian rapat sahaja dibantunya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian PKR Pensiangan, Raymond Ahuar, berkata umum mengetahui di Sabah terdapat 26 bahagian termasuk Labuan dan 15 daripadanya menandatangani akuan berkanun (SD) menolak kepimpinan Sangkar.

“Ini bermakna hanya 11 ketua bahagian tidak terlibat. Namun, daripada 11 yang tinggal, hanya tujuh yang benar-benar bersama beliau manakala empat lagi memilih untuk berkecuali.

“Jadi, di mana asas kenyataan bahawa Sangkar masih kukuh bagi memimpin parti negeri ini?” soalnya.

PKR akan membincangkan kemelut di Sabah dalam mesyuarat MPP pada Ahad selepas 15 ketua bahagian menolak kepimpinan Sangkar.

Baru-baru ini, 15 daripada 26 ketua bahagian diketuai Sazalye Donol dari Kota Marudu menggesa Sangkar berundur secara terhormat atas dakwaan dia kurang dikenali, tidak mendapat kepercayaan majoriti kepimpinan akar umbi, dan gagal mengadakan program memperkasakan PKR Sabah.

Sangkar kemudian menolak gesaan meletak jawatan dengan berkata, kritikan terhadap kepimpinannya menjejaskan gerak kerja parti menjelang PRN dan menggesa ahli tidak membuang masa kerana pergolakan dalaman PKR Sabah bukan julung kali berlaku.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2024 10:07 AM | Show all posts
semua YB di sabah recycle dari parti dulu dulu semua korup & tak boleh pakai...adalah 2-3 yg baik sekarang ni...yg lain mcm sial
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.080204 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list