CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5664|Reply: 0

[Tempatan] Ops Samar: 704 peket minyak masak dirampas KPDN. Semasa uji beli oleh KPDN, jurujual maklumkan minyak masak telah habis dijual

[Copy link]
Post time 21-3-2024 09:09 AM | Show all posts |Read mode
Ops Samar: 704 peket minyak masak dirampas KPDN

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... asak-dirampas-kpdn/

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
20 Mac 2024, 9:01 pm


704 paket minyak masak 1kg dirampas KPDN dari sebuah premis di Kamunting, Taiping, hari ini. - Foto IHSAN KPDN

TAIPING – Sebanyak 704 peket minyak masak disita Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) Perak dari sebuah premis di Kamunting, di sini, yang didapati enggan menjual barang kawalan tersebut.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, tindakan penguatkuasaan terhadap premis itu adalah hasil daripada maklumat dan aduan pengadu yang diterima.

Justeru, katanya, pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Taiping telah membuat uji beli di premis yang dilaporkan tersebut melalui Ops Samar.

“Semasa uji beli dilakukan, jurujual memaklumkan bahawa minyak masak telah habis dijual.

“Tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut, pegawai dan anggota penguat kuasa beruniform kemudiannya masuk ke dalam premis dan telah melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas premis terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kamalludin berkata, ekoran pemeriksaan menyeluruh tersebut, pihaknya telah menemui sejumlah minyak masak peket yang disimpan di dalam stor premis dan ruang kaunternya.

“Berikutan penemuan tersebut, satu arahan pengistiharan stok di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 telah diberikan kepada penyelia premis.

“Sebanyak 704 kilogram (kg) minyak masak peket yang ditemui tersebut telah disita untuk siasatan lanjut dan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM1,760,” katanya.

Beliau memaklumkan, kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan, seseorang selain dari badan korporat boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

“Bagi mana-mana badan korporat yang melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini apabila disabitkan pula, boleh didenda tidak melebihi RM2 juta,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.071022 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list