View: 5890|Reply: 5
|
[Tempatan]
Besarkan 8 anak sendiri selepas suami meninggal dunia
[Copy link]
|
|
Besarkan 8 anak sendiri selepas suami ‘pergi’
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... elepas-suami-pergi/
Oleh MUHAMMAD ZIKRI
21 Mac 2024, 8:30 am
Norsaidtulakma bersama empat anaknya di rumahnya di Kampung Parit Markom, Benut di Pontian baru-baru ini.
PONTIAN – Seorang ibu tunggal tekad membesarkan lapan anaknya seorang diri setelah pemergian suaminya akibat terjatuh pokok pada Januari lalu.
Norsaidatulakma Bohari, 29, berkata, dia kini adalah ‘ayah’ dan ibu kepada anak-anaknya yang berusia antara 1 hingga 20 tahun yang masih memerlukan perhatian serta penjagaan.
Menurutnya, selepas terjatuh pokok, suaminya, Noor Huda Salleh, 50, terpaksa ditidurkan, namun komplikasi kesihatan yang dialami menyebabkan keadaan semakin parah sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 13 Januari lalu.
“Kedai runcit yang diuruskan arwah sejak dua tahun lalu telah ditinggalkan kepada saya dan ia adalah ‘penyambung nyawa’ kepada kami anak-beranak untuk meneruskan kehidupan.
“Bagaimanapun, keuntungan daripada berniaga itu tidak banyak kerana terpaksa bersaing dengan kedai-kedai lain dan juga pasar raya.
“Pendapatan bulanan kira-kira RM1,500 sahaja dan ia tidak mencukupi bagi menampung kehidupan kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di Kampung Parit Markom, Benut di sini baru-baru ini.
Norsaidatulakma memberitahu, hasil perkahwinan dengan arwah, dia dikurniakan empat cahaya mata lelaki dan lima anak perempuan.
Katanya, anak sulung perempuan berusia 20 tahun kini belajar di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim, manakala anak kedua berusia 19 tahun dan ketiga berusia 17 tahun baru tamat persekolahan.
“Anak keempat saya berusia 14 tahun pula kini dijaga ibu saudaranya di Kedah, manakala anak ke lima, keenam, ketujuh dan kelapan masih bersekolah serta bongsu berusia setahun empat bulan.
“Anak-anak saya masih ramai yang bersekolah dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi,” ujarnya.
Ditanya mengenai sebarang bantuan yang diterima ketika ini, dia sedang membuat permohonan bantuan daripada Baitulmal Daerah Pontian sebanyak RM700 sebulan.
Orang ramai yang bersimpati boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional 01108-41-00005161-0 miliknya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana umur sheols baru 29 tapi anak sulung dah 20? |
|
|
|
|
|
|
|
Kata 8 tapi ni 9?
Norsaidatulakma memberitahu, hasil perkahwinan dengan arwah, dia dikurniakan empat cahaya mata lelaki dan lima anak perempuan.
Macam mana chuols tulis news ni? |
|
|
|
|
|
|
|
vanillaninja replied at 21-3-2024 09:21 AM
Macam mana umur sheols baru 29 tapi anak sulung dah 20?
anak laki bini lama ke, mcm aku kenal pulak, sebuk nk jawab |
|
|
|
|
|
|
|
adeh la
mcm2 persoalan plk psl umur dan bilangan offspring nya
btw baru ni thread psl anak 6
ni 8 (or 9?) pulak
tp yg ni ada legasi kedai runcit
blh pelbagaikan jualan situ
maybe blh letak mcm aiskrim msia ke
sagu gula melaka ke, jelly
atau apae2 desert dlm bekas2 kecik tu
|
|
|
|
|
|
|
|
ayo berderet.. cer anak² tolong ibu meniaga kt kedai runcit.. ibu pulak jgn stress.. jgn lari dari rumah ya.
jom sorang skit amik keberkatan ramadhan. kita jgn sangka psl rezeki ni. smlm ada baca psl satu shelter kucing ni. ada org langsai kan bil 14 ribu terus pd klinik haiwan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|