CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5111|Reply: 0

[Tempatan] Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, rela hilang jawatan dalam usaha bela Islam

[Copy link]
Post time 21-3-2024 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Akmal rela hilang jawatan dalam usaha bela Islam

https://www.malaysiakini.com/news/700120

Diterbitkan:  Mar 21, 2024 9:22 AM
Dikemaskini: 9:22 AM



Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata dia rela kehilangan jawatannya dalam mempertahankan Islam berhubung isu penjualan stoking tertera tulisan 'Allah' di cawangan KK Mart.

Akmal berkata dia juga tidak kisah dengan teguran rakan-rakan pemimpin daripada parti komponen dalam kerajaan, kerana menurutnya tindakannya itu selari dengan perjuangan Umno untuk menegakkan hak Melayu dan agama Islam.

"Tipulah tak ada kesan sebab itu saya beritahu, kalau kamu buat untuk tidak memboikot di kala orang Islam marah dan gesa untuk memboikot, ia memang akan memberi kesan. Saya tidak kisah DAP atau mana-mana menteri mahu serang saya, tetapi saya bercakap, saya berdiri atas agama saya.

“Saya tidak kisah dan rakyat boleh menilai. Kalau Nga Kor Ming kata bila saya buat begini boleh hilang sokongan, saya nak beritahu mereka ini cara Umno bila ada pihak yang persendakan agama Islam.

“Saya rela hilang jawatan, tanggungjawab sudah saya laksanakan untuk bela agama saya. Jawatan ini nombor dua,” katanya sepeti dilapor Utusan Malaysia.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming baru-baru ini menggesa Akmal berhenti menghasut sentimen perkauman dan agama dengan menggesa boikot rangkaian kedai serbaneka KK Mart.

Kata Nga, reaksi Akmal hanya memudaratkan dan mungkin memberi padah kepada Umno.

Selain Nga, Akmal juga telah ditegur oleh Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Tiong King Sing berhubung gesaan boikotnya.

Walaupun ditegur, Akmal tetap tidak berganjak dari menggesa untuk memboikot KK Mart.

Timbalan Perdana Menteri merangkap presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata dia telah meminta Akmal menangani isu kontroversi itu secara berhemah.

Kontroversi tercetus minggu lalu apabila gambar stoking yang tertera perkataan ‘Allah’ dijual di kedai serbaneka KK Mart Bandar Sunway, dan tular di media sosial.

Susulan kekecohan itu, KK Mart mengeluarkan permohonan maaf kepada semua pelanggannya, khususnya masyarakat Islam, dan mengesahkan bahawa tindakan segera telah diambil untuk menghentikan penjualan stoking berkenaan.

Ini termasuk menamatkan kontraknya dengan Xin Jian Chang Sdn Bhd, sebuah syarikat pembekal yang berpangkalan di Batu Pahat, Johor.

Pembekal itu sebaliknya menyalahkan Mu Mian Qing Hosiery kerana tersilap menghantar stoking berkenaan, di mana mereka kemudiannya telah terlepas pandang produk tersebut.

Pihak polis ketika pemeriksaan ke atas kilang Xin Jian Chang hanya menemui lima pasang stoking tertera kalimah “Allah”, yang kesemuanya telah ditarik balik dari KK Mart.

Ketua Pemuda Umno Akmal Salleh antara yang lantang menggesa KK Mart diboikot meskipun selepas ditegur tiga menteri kabinet.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.066133 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list